Halwa Telinga


7/29/2010

Adab Menasihati Pemimpin : Perlu Tidak Secara Terbuka


  1. Berlaku suatu peristiwa, ketika Rasulullah tidak memberikan langsung bahagian harta kepada sorang sahabat bernama Ju’ail Bin Suraqah Al Dhomiry sedangkan dia adalah salah seorang muhajirin dan mujahid, bahkan Rasulullah telah memberikan harta kepada sahabat lain (yang bukan muhajirin: Muhajirin mempunyai satus yang tinggi di kalangan sahabat). Apabila melihat keadaan ini, Saad Bin Abi Waqqas merasakan ianya satu pengabaian terhadap Ju’ail dan Saad berniat untuk menegur Rasulullah tentang perkara itu dan memberikan sokongan agar dia diberikan harta juga. Saad pergi berjumpa Rasulullah secara diam- diam ( secara sirr, tanpa menghebohkannya) : Kenapa Rasulullah tidak memberi juga kepada Ju’ail? Dia orang beriman dan muslim yang baik. Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa memberikan nasihat secara diam- diam lebih utama daripada menghebohkannya. Bahkan menjadi kewajipan jika menghebohkannya akan membawa kepada keburukan
  2. Usamah Bin Zaid pula , ketika dia diminta oleh sekumpulan pengikutnya agar menyampaikan keluhan mereka terhadap beberapa orang pemimpin yang mereka tidak senangi, beliau bertanya kepada mereka: Adakah kamu menyangka aku tidak menyampaikan keluhan kamu? Ketahuilah bahawa aku telah menyampaikannya tetapi secara diam- diam agar aku tidak terlibat memulakan membuka pintu fitnah
  3. Begitu juga dengan Abu Ma’bad Abdullah Bin Ukaim Al Juhany, salah seorang qudama’ tabieen muhdaramain ( hidup di zaman Nabi tetapi tidak bertemu Nabi . Sahabat adalah orang yang hidup dan sempat bertemu dengan Nabi) yang thiqah ketika dia melahirkan kesedihannya terhadap pembabitannya dalam peristiwa pembunuhan Saidina Othman Bin Affan. Beliau telah menzahirkan kritikannya terhadap Othman ( sedangkan kritikan itu tidak betul) dan kata- katanya itu dieksploitasi oleh musuh – musuh Islam dan akhirnya berlakulah pembunuhan yang kejam itu. Dia telah mengungkapkan kesedihanya ini dalam satu kelas tafaqquhnya di Madinah dengan kata- katanya : Aku tidak akan terlibat lagi menumpahkan darah khalifah selepas Othman. Ia amat mengejutkan murid- muridnya lalu dia membuat penjelasan: Aku merasakan dengan menyebutkan keburukan Othman ( secara terangan) telah membantu kea rah kematiannya sedangkan anaknya mengatakan bahawa ayahnya ( Abu Ma’bad) amat mengasihi Othman (Abu Ma’bad memberikan kritikan membina, bukan berniat jahat dan dengan bahasa yang lunak, bukan berbahasa secara kasar)
  4. Untuk kita semua, berhati- hatilah mengungkapkan apa sahaja, lunakkanlah bahasamu, sampaikan secara diam- diam kerana di kelilingmu ribuan musuh yang bakal menyambar apa sahaja yang bakal merobek perpaduanmu, keakraban ukhuwahmu dan keutuhan jamaahmu. Darah yang bakal terpercik nanti adalah darah dakwah ini. Sayangilah semua

Rujukan : Awaieq bab 12