Halwa Telinga


9/01/2010

Mafahim Tarbawiyah Tentang Takwin 3

2. Kepentingan kefahaman yang syumul dan saheh tentang dakwah

  1. Untuk menjayakannya, Al Banna telah menggariskan kefahaman yang saheh ini dalam tulisannya " Usul Isyreen", usul 20. Diungkapkan di sana asas- asas utama ke arah membina kefahaman yang betul tentang Islam dan dakwah yang semuanya di rujuk kepada al Quran dan as Sunnah
  2. Dengan mematuhi asas- asas kefahaman ini, individu muslim ini akan terselamat daripada sebarang penyelewengan pemikiran dan berlaku adil kepada semua serta menilai sesuatu secara objektif dan bertepatan dengan syariat. Akan terbentuklah nanti syahsiah mu'tadilah yang dikasihi oleh Allah dan manusia.

Mafahim Tarbawiyah Tentang Takwin 2

Akan di bentangkan sejumlah perkara penting berkaitan usaha takwin tarbawi ini.

Pertama: Keperluan membangkitkan iman, memperbaharui ruh, memiliki kekuatan perasaan yang akan menjadi asas memulakan langkan dan menjamin kelansungan iltizam dengan Islam dan dakwah
  1. Al Banna berkata : Perkara pertama yang kita mahukan ialah ruh yang peka dan hati yang hidup serta kesedaran yang hakiki pada perasaan..... kita mahukan jiwa yang hidup, gagah dan muda, hati yang baru dan menggelojak, ghairah dan tidak dapat duduk diam serta ruh yang bercita tinggi dan melompat meneroka peluang...
  2. Katanya lagi...." isilah ruhnya yang membara itu dengan kemuliaan Islam dan keindahan al Quran dan aturkan ia agar bersama dalam saf tentera Muhammad SAW...

Mafahim Tarbawiyah Tentang Takwin 1


Siri 1

  1. Takwin Tarbawi tertegak di atas dua tunggak iaitu pertama, menghidupkan tarbiyah zatiyah( usaha sendiri) dalam setiap diri individu " kewajipan utama kita adalah beramal dalam lingkungan diri kita sediri terlebih dahulu" dan kedua,mengikuti dengan patuh tarbiyah yang diaturkan oleh jamaah berdasarkan manhaj yang disediakan melalui ikatan utuh yang disediakan iaitu usrah dan halaqah berdasarkan rukun taaruf, tafahum dan takaful, ( anda disaran memutalaah secara mendalam risalah Nizam Usrah dalam Majmu' Rasail)
  2. Al Banna telah memberi nama " Ikhwan Sodiqin" kepada mereka yang kuat beriltizam dengan kewajipan akh amil ( rujuk di akhir Risalah Taalim)
  3. Dia juga mengungkapkan " Wahai saudara muslimku! Sekarang adalah era takwin. Bentuklah diri kamu dengan Islam, kelak terbentuklah ummah ini. Ianya merupakan satu faridhah/ kewajipan yang memerlukan kamu memiliki jiwa mukmin dan hati yang bersih