Halwa Telinga


12/28/2009

Perjalanan Pulang Dll.




Semasa aku transit di Airport Doha dalam perjalanan pulang ke Malaysia, aku melihat orang- orang syiah drp Iran yang solat dengan sujud di atas batu Karbala ( gambar). Tanah di bumi Karbala sangat suci bagi mereka, bumi di mana darah Saidina Husin Bin Ali ditumpahkan. Antum akan biasa melihat suasana ini di Airport Doha dan Bahrain, airport lain aku tak pernah singgah

Memperkenalkan.... Mohammad Aiman Al Yamani, he he he

Dan bekas setiausahaku selamat di ijab qabulkan... semoga mereka berdua berbahagia dan semakin semarak a'taa' dakwi mereka ( hasilan dakwah)

12/25/2009

Lagi di San'aa




Di sinilah dahulu lokasi Gereja Versi Abrahah. Dia mahu orang berkumpul di situ dan irihati dengan kebanjiran orang mengunjungi Kaabah di Mekah. Sekarang, sekadar tinggal sejarah dan menjadi tempat tidak bermakna dan longgokan sampah.

Begitulah nanti akhiran hidup semua yang batil, semua yang palsu, semua yang bukan haq. Semoga kamu tidak menjadi salah satu huruf yang menyempurnakan artikel batil dan palsu dan nanti kamu juga akan terperosok dalam gaung peninggalan Abrahah di Bab Yaman ini

Semasa di San'aa

Di dalam masjid utama di Bab Yaman
Makan tengahari nasi mandy dgn Syeikh Norsyazle. Maaf.. terminum coca cola
Dgn Syeikh Ikrimah El Yamany

Gambar tentang Gat :Tanpa Komen





12/21/2009

Selamat Kembali

Di Pasar Gat ( makanan kegemaran sebahagian besar lelaki Yaman, ibarat sireh di Malaysia) makanan yang tak baik diamalkan oleh mereka tapi dah jadi adat... aku tak suka tengok mereka... geliee)

Assalamualaikum
  1. Aku telah selamat kembali ke Malaysia setelah perjalanan 12 hari yang panjang. Aku bersyukur , sepanjang laluan ini, semuanya berjalan dengan baik dan membuahkan hasil yang memberansangkan tak kira di Istanbul, Cairo dan San'aa. Semuanya adalah dengan IzinNya jua. Semoga perjalanan ini diberkati
  2. Aku mengucapkan JKK kepada semua, di sini dan di sana. Anak- anak dan teman- teman di Cairo yang setia dan gagah, semoga mereka baik- baik aja. Juga anak- anak dan teman di San'aa, teruskan perjuangan menjadi ulama' 'amilin. Kutinggalkan mereka dengan penuh harapan agar jadi insan mulia, muttaqin dan "amilin" satu hari kelak.
  3. Kepada mereka yang beghrepek ( sering bersama) denganku sepanjang musafir ini, JKK sekali lagi. Taaruf ini amat bermakna bagiku. Maaf atas keterlanjuranku bersama antum khasnya yang kena " belasah" olehku.
  4. Akan kucoretkan rehlah ke Yaman ini tidak lama lagi. Sekarang kena lihat kerja2 opis yang kutinggalkan selama 12 hari ini. JKK kpd semuan rakan sepasukanku yang menjaga amanah kerja sepeninggalanku, yg diketuai oleh Abu Hannan.

12/14/2009

Salam Dari Kaherah 2

Roti Arab @ 'ieysh baru keluar dapur.....

Baru keluar drp furun/ oven

Jom minum 'asyir mangga.. sedap giler


Ke Makam Imam Muassis

Assalamualaikum
  1. Kami sarapan pagi dengan baki nasi dan gulai kambing yang aku masak malam tadi. Semalam kami masak kari leher kambing biri- biri. Januari lalu semasa di sini, kami juga masak kari, tapi kari daging anak lembu/ batello. Cuma aku belum dapat makan ikan masin lagi, Insyaallah di San'aa nanti lah kot.
  2. Aku nak merayap lagi ke Atabah jap lagi. Jom join dan..... tasbih kayu koka kat sini murah yop!
  3. Jumpa di San'aa besok... bestnya jumpa anak2 tersayang... ikrimah, ubadah, rifaah, anas, hazim, baihaqi, A'nal, dua beradik tu ( dan nak jadi 3), usaid dan .... hard qore muassisin di Iman dan pakcik Hasbullah dan lain- lain yg bakal ku kenali

Salam Dari Kaherah 1



Makanan kegemaranku : Fool/ Ta' miyah dan ieish. Lepas hajatku

Assalamualaikum

  1. Isatanbul telah kutinggalkan dan aku sekarang di Kaherah, kembali ke tempat lamaku. Dulu, aku di sini 7 tahun penuh ( tidak pernah pulang dlm tempoh itu). Aku banyak belajar di sisi, belajar segalanya yg akhirnya banyak membantuku berfikir, berhemah dan membuat keputusan dan itu mendewasakanku. Semoga anak2 berlianku sudi mendengar laluan hidupku.
  2. Bila bertemu dgn anak2 ini ( ikhwah dan akhawat) aku teringat zaman silamku di sini, 18 tahun yg lalu. Aku amat gembira, mereka semakin matang, mampu bertenang, mengguna mata hati dan akal utk membuat keputusan dan ... zaman gemilang kembali menerjah medan dakwah di Cairo ini dan ku lihat mereka punya daya juang dan semangat yg kental.. sanggup masuk ke medan, tertulis nama dan alamat di dada. Dengan seni pencak yang seadanya, mereka dengan langkah gagah masuk ke gelanggang pertarungan... jangan gusar dengan ilmumu, Tuhanmu tetap ada dan tok gurumu ada di tepi gelanggang, sedia membimbing agar kuda- kudamu berpijak betul, lenggokmu semakin lembut mengelak serangan dgn seni yg memukau dan.... di dadamu terpasak kukuh jiwa pahlawan.... kepahlawanan dan keimanan serta keikhlasan seringkali membuka laluan menang, walaupun orang menganggapmu panglima kenit, baru belajar dan... usah kisah ttg itu
  3. Apa yg kunukilkan ini juga utk anak- anakku di Sayyidah yg kutemui malam tadi. Aku ungkapkan rasa hatiku buat kamu... aku berbangga dengan kamu. Semoga Allah membantu kamu

12/12/2009

Salam Dari Istanbul 4


Assalamualaikum.
Kami solat jumaat di Masjed Fateh. Selepas jumaat, dalam suasana hujan renyai2 dan sejuk kami menyertai solat jenazah utk tiga jenazah. Solat disempurnakan di luar masjid. Solat dilakukan tiga kali ( mengikut bilangan jenazah). Ia disempurnakan di atas lapangan umum, berkasut lengkap ( macam tak percaya lak) dan tidak mengangkat kabir dengan tangan, hanya takbir pertama sahaja.

Setelah tiga hari di sini, baru makan nasi. Sebelum ni asyik makan roti je. Nak lepas rindu pd nasi. Nasinya ok jugak, lauk masak sos tomato daging dgn kentang dan goreng hati lembu dan minum air yourgut. Maaf ye, hanya utk dua orang je. Korang telan air liur je le....

Sebelah malam, kami makan makanan lebih ganas, kebab, arais dll bersama kawan- kawan lain tapi... serius aku katakan, all of this not really my taste. Aku masih teringat asam pedas, sambal petai dan ikan masin kegemaranku dan ... sambal gesek atau sambal tempoyak. Kat sini tak boleh masak, tapi petang ni aku akan ke Cairo, harap- harap boleh buat sambal gesek dan belasah ikan masin ikhwah di Cairo. Kalau tak dapat juga, aku insyaallah akan dapat juga makan juga di San'aa nanti, sebab dlm kotak yg ku bawa utk Ikrimah dan kawan- kawannya ada banyak ikan sepat dan pari masin. Ops, apasal korang lak yg telan air liur lagi, carilah sendiri...

Makluman : Insyaallah trip aku kali ini, satakat ini menatijahkan natijah yang aku banggakan dan aku syukuri.... tapi jalanku masih jauh... ku harap dariNya restu agar aku menyumbang ke arah kebaikan, walaupun warnanya hitam atau kelabu.....

12/10/2009

Salam Dari Istanbul 3


Kami merayap lagi hari ini, tapi hari ini jauh perjalanannya. Dengan menaiki metro/ trem atas tanah dan juga underground dari steysen Emniyet Fateh menuju ke steysen Sultanahmet ( Sultan Ahmet) . Di sana kami menziarahi kubur- kubur Sultan Othmaniyah dan juga Masjid Biru yang terkenal. Yang menarik di sini, harga tambang trem satu laluan( tak kira jaraknya jauh atau dekat) ialah 1.50 lira ( 1 lira= RM2.30) : Beli chip dan dan masukkan ke dalam lubang khas di pintu masuk dan tak perlu buat apa- apa ketika keluar, just lalu di pintu keluar.

Kami bersolat zohor di masjid indah ini. Tidak lupa aku berdoa untuk kesejahteraan diri, keluarga dan juga teman, agar jiwamu dihiasi sifat taqwa dan kebijaksanaan serta dijauhi dari rasukan syaitan,hingga lupa diri dan sangup meranduk segalanya.
Aku juga sempat membaca beberapa potong ayat daripada suarah Al Ankabut, sementara menunggu azan zohor dikumandangkan. Ayat- ayat itu amat menyentuh nuraniku ( khasnya ayat 4) dan aku semakin yakin kepadaNya dan kepada jalan hidup ini.

Selepas itu kami makan tengahari yang lazat juga rasanya dan minum air delima fresh. Maaf kalau antum terpaksa menelan air liur. Nak buat macam mana, flight penuh.

Selepas itu kami naik trem lagi menuju ke hujun steysen Kabatas dan sempat meninjau pemandangan sebelah asia Istanbul, berlatar belakangkan jambatan ala San Francisco



pertama kali aku melihat ikan selayang yang masih hidup, hasil pancing orang di sini

Selanjutnya kami kembali semula ke Emniyet Fateh melalui jalan lain. Akhirnya kami sampai semula ke hotel sebelum maghrib. Akitiviti kami belum selesai lagi malam ini....tapi mata dah mula mengantuk, letih dan sekarang di Malaysia 12.30 pagi, 11 Dec

Ketemu Benda Menarik dan Bermakna

Satu produk biskut jenama ikram, baru dalam pasaran di sini

Jus Peach, lama dalam pasaran, tapi kulihat, ia melepasi tarikh luput....

Aku merayap lagi hari ini di sekitar bandar Istanbul... lalu kujumpa benda di atas. Biskut baru, tapi sedap rasanya, menarik penampilan luarannya, pasti kubawa balik banyak2 untuk dirasa teman dan anak- anakku.... dan satu liter jus peach, menarik juga bungkusan luarnya tapi... bila kulihat tarikh luputnya, alamak! dah expired rupanya.

Bagiku, mencuba produk baru, tiada salahnya. Kebanyakan produk baru, bukan baru segalanya. Syarikat pengeluarnya sudah mengeluarkan banyak jenama sebelumnya. Resepi asasnya tetap sama, cuma tambahan rasa dan warna yang membezakannya. F&N adalah pengeluar jenama sprite, mirinda, sarsi dll dan juga produk terkininya... tak tahu lak namanya.

Tapi kalau jus yang dah expired, jangan berani2 diminum, berisiko tinggi, kelak keracunan.. takut2 nanti sampai dirasuk syaitan. Aku memahami expired ini maknanya tidak diiktiraf, tidak dicadangkan untuk diguna dan dimiliki dan .. tak sesuai untuk segalanya.

Akan kuberi juga anak- anak berlian di Cairo dan San'aa merasanya, selain antum di Malaysia. Ianya sangat sedap dan lazat, lazatnya sampai ke hati. Kalau ada orang yang mentohmah kelazatan biskut ini, itu sekadar dzan bis suu'/ suu' dzan/ sangkaan nakal mereka. Lalu aku katakan... kalu tok sei, ikut mu Lah...

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 6

Ikan segar di pasar dekat Masjed Fateh

وزن المسلم بحسناته وأخطائه معا
Nilailah Saudara Muslimmu Secara Adil
( Ambilkira kebaikannya juga di samping kesilapannya )

  1. Ingatan ini berkaitan mereka : Seorang yang terleka dan merasakan dia bijak dan pandangannya dirasakan lebih tepat dan kita, ketika menilai seorang pemimpin yang pernah membuat keputusan- keputusan besar yang mungkin tidak kita kagumi dan setujui, ambilkiralah sumbangannya, sejarah gemilang kerjanya, penerokaan awalnya bersama kelompok pengasas, kamu ketika itu belum lahir lagi, dan dia masih lagi setia bersama bahtera ini... ingat semua itu wahai orang muda....
  2. bersambung... nak sarapan jap

Salam Dari Istanbul 2

Sejuk wee! Siang 9 celcius , malam 7 celcius

Sempat jumpa pasar malam, dekat Masjid Fateh. Setakat ini, seronok di sini kerana telalu ramai wanita yang menutup Aurat. Bertuah rakyat Turki, dapat pemimpin yang baik. Aku dapat merasakan kepuasan wanita Turki, dapat melepaskan geram terpendam selama ini... kerinduan untuk menutup aurat... alhamdulillah


Antara kebiasaanku bila ke luar negara, pasti ke pasar, untuk mengetahui budaya dan jenis makanan yang ada di sana.. tapi kat sini aku tak dapat masak, kalau boleh, pasti aku beli ikan dan masak asam pedas, best beb. Insyaallah di San'aa nanti, kami akan buat kenduri sembelih kambing, untuk meraikan ulama' muda kita di San'aa. Jom join baaang!

Himpunan buah zaitun, pasti tak sedap sebab belum dijeruk. Kalau dah dijeruk, itu ulaman kegemaranku, tapi antum ( yang belajar di Malaysia) pasti tak suka, macam orang yg tak biasa makan petai dan jering, pasti tak suka, busuklah, rasa apa ni..... tapi bagi yang dah biasa.... terliur air liurku... sebab kat sini tak ade petai......

Hari ini kami bercadang melawat Masjid Biru dan sekitarnya dan juga Masjid Fateh, dekat je dgn hotel kami, Hotel Beer... join kami melalui blog ini dan join kami di Wamy, insyaallah kalau ade rezki, kami bawa ke sini nanti dan yang pasti, insyaallah ke KSA.

12/09/2009

Salam Dari Istanbul 1

Kami jumpa sendiri Biskut IKRAM. nanti kami bawa balik banyak2

Jalan- jalan cari makan pagi di sekitar Hotel Beer, Kawasan Fateh, Istanbul

Akhirnya, sarapan pagi sup kaware'/ kaki kambing, bau hamisnya boleh tahan juga... tapi belasah je, dah lapar


jalan- jalan lagi,
Haris +90-531-251-4835 ( 9- 12 Dec)

12/05/2009

LAGI ....QORBAN 1430 H







Anak muda yang mahu didekati.. jangan terkejut