Satu produk biskut jenama ikram, baru dalam pasaran di sini
Jus Peach, lama dalam pasaran, tapi kulihat, ia melepasi tarikh luput....
Aku merayap lagi hari ini di sekitar bandar Istanbul... lalu kujumpa benda di atas. Biskut baru, tapi sedap rasanya, menarik penampilan luarannya, pasti kubawa balik banyak2 untuk dirasa teman dan anak- anakku.... dan satu liter jus peach, menarik juga bungkusan luarnya tapi... bila kulihat tarikh luputnya, alamak! dah expired rupanya.
Bagiku, mencuba produk baru, tiada salahnya. Kebanyakan produk baru, bukan baru segalanya. Syarikat pengeluarnya sudah mengeluarkan banyak jenama sebelumnya. Resepi asasnya tetap sama, cuma tambahan rasa dan warna yang membezakannya. F&N adalah pengeluar jenama sprite, mirinda, sarsi dll dan juga produk terkininya... tak tahu lak namanya.
Tapi kalau jus yang dah expired, jangan berani2 diminum, berisiko tinggi, kelak keracunan.. takut2 nanti sampai dirasuk syaitan. Aku memahami expired ini maknanya tidak diiktiraf, tidak dicadangkan untuk diguna dan dimiliki dan .. tak sesuai untuk segalanya.
Akan kuberi juga anak- anak berlian di Cairo dan San'aa merasanya, selain antum di Malaysia. Ianya sangat sedap dan lazat, lazatnya sampai ke hati. Kalau ada orang yang mentohmah kelazatan biskut ini, itu sekadar dzan bis suu'/ suu' dzan/ sangkaan nakal mereka. Lalu aku katakan... kalu tok sei, ikut mu Lah...
Halwa Telinga
12/10/2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment