Halwa Telinga
12/12/2009
Salam Dari Istanbul 4
Assalamualaikum.
Kami solat jumaat di Masjed Fateh. Selepas jumaat, dalam suasana hujan renyai2 dan sejuk kami menyertai solat jenazah utk tiga jenazah. Solat disempurnakan di luar masjid. Solat dilakukan tiga kali ( mengikut bilangan jenazah). Ia disempurnakan di atas lapangan umum, berkasut lengkap ( macam tak percaya lak) dan tidak mengangkat kabir dengan tangan, hanya takbir pertama sahaja.
Setelah tiga hari di sini, baru makan nasi. Sebelum ni asyik makan roti je. Nak lepas rindu pd nasi. Nasinya ok jugak, lauk masak sos tomato daging dgn kentang dan goreng hati lembu dan minum air yourgut. Maaf ye, hanya utk dua orang je. Korang telan air liur je le....
Sebelah malam, kami makan makanan lebih ganas, kebab, arais dll bersama kawan- kawan lain tapi... serius aku katakan, all of this not really my taste. Aku masih teringat asam pedas, sambal petai dan ikan masin kegemaranku dan ... sambal gesek atau sambal tempoyak. Kat sini tak boleh masak, tapi petang ni aku akan ke Cairo, harap- harap boleh buat sambal gesek dan belasah ikan masin ikhwah di Cairo. Kalau tak dapat juga, aku insyaallah akan dapat juga makan juga di San'aa nanti, sebab dlm kotak yg ku bawa utk Ikrimah dan kawan- kawannya ada banyak ikan sepat dan pari masin. Ops, apasal korang lak yg telan air liur lagi, carilah sendiri...
Makluman : Insyaallah trip aku kali ini, satakat ini menatijahkan natijah yang aku banggakan dan aku syukuri.... tapi jalanku masih jauh... ku harap dariNya restu agar aku menyumbang ke arah kebaikan, walaupun warnanya hitam atau kelabu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment