Halwa Telinga


Showing posts with label أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتن. Show all posts
Showing posts with label أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتن. Show all posts

2/27/2011

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 6 Sambungan

Di Dimyat Qadimah disisi makcik penjual bawang putih
Sambungan yang lalu..
  1. Sesiapa yang mendalami adab Islam dalam Ilmu Hadith( Jarah Wa Ta'dil) mengetahui bahawa antara asas Islam dan hikmah ialah barangsiapa yang banyak kebaikannya, ianya pasti memberi kesan kepada nilai dirinya dan dihargai oleh Islam. Ia juga mampu diberikan pertimbangan yang wajar untuknya berbanding orang lain yang tidak banyak kebaikan yang telah dilakukan serta wajar diberikan kemaafan berbanding orang lain. Ini adalah kerana maksiat adalah najis dan kekotoran dan air yang melebihi dua kollah, tidak dianggap kotor disebabkan dicampuri najis berbanding air yang sedikit, terus kotor( tidak boleh bersuci dengannya) walaupun dicemari oleh sedikit najis
  2. Rasulullah juga pernah bersabda kepada Omar al Khattab berkaitan seorang sahabat( ahli badar) yang melakukan kesalahan yang besar bahawa Allah telah mengampunkan mereka walaupun sebesar mana kesalahaan mereka. Kesalahan tetap kesalahan dan dia berhak dihukum kerana membocorkan rahsia Rasulullah dan orang Islam di Madinah, tetapi oleh kerana sumbangan besarnya dalam perang badar menyebabkan hukuman terhadapnya wajar dikecualikan dan dimaafkan.
  3. Begitu juga berlaku kepada Saidina Osman Affan, apabila memberikan sumbangan yang sangat banyak atas permintaan Rasulullah, Rasulullah berkata: Osman tidak akan termudarat apapun selepas daripada ini atas apa sahaja yang dilakukannya
  4. Begitu juga dengan Hassan Bin Thabit, dek kerana besarnya sumbangannya mempertahankan Islam melalui syairnya..... tersilap seketika dan terlibat memfitnah Aishah isteri Nabi ( Hadith Ifk).. dia tetapi dikasihi Nabi dan para sahabat hinggakan Aishah marah kepada Urwah Bin Zubir, anak saudaranya kerana mencerca Hassan seraya berkata,biarkan dia, dia telah mempertahankan Rasulullah melalui syair- syairnya
  5. Adapun bersikap keras dan ketat, mahukan kesempurnaan kepada semua orang wajar ada pada pemimpin dan murabbi, bukan kepada yang lain . Ingatilah kata- kata Saed Bin Musayib ini: Setiap orang yang mulia, hebat dan terkenal, pasti ada disana keaiban masing- masing. Ada orang yang tidak wajar dihebahkan keaibannya. Jika kebaikannya lebih banyak berbanding keburukannya, utamakanlah kebaikannya ....
  6. Osman pernah berkata kepada pengkritiknya: Berlaku adillah terhadap kami! Kamu meminta kami memerintah seperti cara Abu Bakar dan Omar tetapi kamu tidak bersikap baik ( kepatuhan kepada kami dan berakhlak mulia dalam diri kamu) seperti rakyat semasa zaman Abu Bakar dan Omar
  7. Untuk itu berlaku adillah kita semua. Kamu meminta kehebatan dan kesempurnaan dalam berbagai lapangan( tarbiah, dakwah ......) tetapi kamu tidak mengetahui kepenatan dan kesukaran yang dihadapi oleh para pemimpin mengemudi bahtera yang besar ini, dilambung ombak dan dipukul badai.. seperti kesengsaraan yang dihadapi oleh Abu Bakar dan Omar mempertahankan Islam dan melebarkan capaian kekuasaan Islam satu ketika dulu.. sedangkan apa sumbangan dan banyakkah usaha islah yang telah kamu lakukan dan nipisnya kesabaranmu ... setanding kah dengan usaha tentera Abu Bakar dan Omar?..
  8. Kamu sibuk mengumpul harta, banyak berehat dan berwaktu untuk berborak... dan kamu hanya berikan untuk dakwah lebihan waktumu... dan kamu meminta kejayan yang luarbiasa untuk dicapai...
  9. Semuanya bersyarat: kalau kamu inginkan kegemilangan seperti zaman Abu Bakar dan Omar, kamu mestilah menjadi seperti Khalid dan Saad Bin Abi Waqqas... Insafilah ..... Mereka semua berikhtiar untuk memberikan kebaikan buat kita semua.. sepenuh tenaga mereka.. begitu juga ibubapamu.... walaupun bagaimanapun nilaimu terhadap mereka.... sebenarnya kamu masih muda dan perlu terus banyak melihat dan mendengar.... hormatilah mereka.. jangan lukai mereka... jangan angkuh terhadap mereka.. tanpa mereka.. segalanya tiada... kau tidak akan wujud di muka bumi ini.. dan segala yang kau banggai itu....

1/14/2011

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 6


وزن المسلم بحسناته وأخطائه معا
Menilai Saudara Muslim Secara Adil: Kebaikan dan Keburukannya sekali
  1. Berlaku adillah dalam penilaian kita bila berbeza pandangan : Kebaikan semasa yang mendominasi seseorang yang terkedepan dan seorang pemimpin terdahulu yang telah berijtihad yang mempunya sejarah sumbangan bernilai yang masih kekal kebaikannya sehingga kini, peneraju kegemilangan sedia ada dan ...
  2. Merujuk kepada pengalaman berkerja berjamaie, kepimpinan seseorang itu sering terserlah kehebatannya bila berhadapan dengan suasana sangat genting yang memerlukan kefahaman mendalam dan jiwa mukmin yang bertaqwa. Ketepatan keputusannya atau sebaliknya akan merujuk kepada kehampirannya kepada perkara tersebut
  3. Contoh keadaan tersebut antaranya ialah ketika berlaku perselisihan hebat yang menjejaskan perhubungan, ketika berhadapan dengan fitnah dan penyiksaan yang hebat yang tidak akan mampu dihadapi kecuali orang yang mempunyai himmah yang tinggi, juga ketika berhadapan dengan godaan kesenangan mendapat kekayaan dan tawaran pangkat kedudukan yang tidak akan bertahan menghadapinya kecuali orang yang sentiasa merindui keindahan syurga..
  4. Adapun kesilapan kecil yang sering berlaku, dosa- dosa kecil, emosional seketika, marah sekejap, malas seketika ... merupakan perkara yang sering berlaku kepada sesiapapun dan tiada orang yang terselamat daripadanya dan neraca syara' sentiasa mengambil kira semua perkara ini dalam penilaiannya dan Allah swt juga menerima keadaan ini ketika menimbang amalan hambaNya di hari Kiamat tetapi sebahagian daripada kita melupainya sehingga melampau dalam ,menilai seseorang...
  5. Lihatlah neraca syara' ini : bersambung..

Sambungan Anwar Fitanah


Assalamualaikum
Setelah berjanji berkali2 akan mengaktifkan penulisan di entri ini, ana berazam lagi untuk kembali. Keadaan semakin mendesak pabila aku memurajaah awaieq( khasnya tajuk berbaki anwar fitanah.. semuanya ada 30 tajuk, baru empat dapat ditampilkan) dlm penerbanganku ke Istanbul.. aku dapati ianya semakin relevan... perlu ditatapi oleh kita semua khasnya anak2 kita yang masih "berjauhan" dengan ibubapa mereka... agar segera kembali ke pengkalan...
Insya Allah akan segera kuusahakan agar ianya bermula semula...
Wassalam
Black Bird Hotel.
Laleli, Istanbul

11/08/2009

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 2 -3

sambungan......

  1. Sebelum itu, Al Kulaini pernah berkata : Wahai anakku! Kepetahan berbahasa tanpa ketulusan hati tidak akan menyampaikan kamu kepada kebenaran walaupun selangkah. Perjalanan ini adalah perjalanan hati... يا غلام , فقه اللسان بلا عمل القلب لا يخطيك الى الحق خطوة , السير سير القلب
  2. Begitu juga kepada kelompok dakwah: Jika leka bercakap banyak, banyak menghasilkan penulisan dan menjadikan akhbar dan mimbar medan berkokok dan meninggalkan usaha keras mencetak hati dan mengadun jalin jiwa... pasti akan terencat perjalannnya menuju kekuasaan, tak mampu melangkah walau setapak.
  3. Di sudut lain, mungkin juga keterencatan itu menjadikan kelompok itu mengurus penyakit yang sedia ada dan tidak dijangkiti penyakit baru... tetapi jika penyakit riya' itu terus berkembang secara jamaie menjangkiti seluruh anggota... mereka bakal menjurus ke lembah kelemahan. Al Rabie' Bin Khuthaim pernah berkata : Semua yang dilakukan bukan kerana Allah pasti akan mula melemah dan terungkai
  4. . Riya' jamaah bukan suatu yang asing. Sejarah banyak menukilkannya, terangkum dalam bentuk: Menggunakan istilah- istilah baru yang direka- reka, membangunkan ijtihad yang ganjil yang berdalilkan pandangan tersilap sesetengah fuqaha' silam dan muhaddithin @ ahli hadith atau bergegas menambah bilangan ahli dengan mengabaikan kualiti tarbiyah mereka.
  5. Ketika di hujung nafasnya, Shidad Bin Aus ( sahabat) telah diminta untuk menyimpulkan pengalaman perjuangannya: Dua penyakit yang paling aku bimbangi menjangkiti kamu ialah riya' dan syahwat yang tersembunyi.... yakni syahwat itu menyelinap dan bersembunyi di sebalik kegelapan riya'. Tabie Talhah Bin Mushraf telah membantu mereka yang dijangkiti ini dengan mengajarkannya doa ini ; اللهم إغفر لي ريائي وسمعتي Ya Allah, maafkanlah aku dek kerana riya' dan sum'ahku ( suka orang tahu kebaikanku)
  6. Untuk itu, teman dan anak- anak mudaku, beristighfarlah dengan penuh penyesalan atas riya' yang silam, tak kamu sedari tapi Dia tetap tahu. Dia Maha Pengampun dan Penyayang dan.. mulakan lembaran baru
....tamat

11/07/2009

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 4


Harap bersabar... sedang menyudahkan nur ke 3....... soba jang!

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 3-1

kitab kuningku, dah hampir lunyai dek kerap diselak.... ia relevan semula.... tapi Alhamdulillah, mereka itu bukan aku dan kamu kerana kita masih lagi bijaksana dan sabar serta..... Dia masih waraskan kita... Alhamdulillah

النور الثالث : قبول النصيحة وطلبها من الخبراء
Bersedia Menerima Nasihat dan Mendapatkannya Drp Mereka Yang Paka
r

  1. Bagi Imam Al Hasan Al Basri, kehidupan ini hanya tinggal tiga sahaja ( dan dia amat menggalakkan pemilikannya) : 1. seorang akh yang sentiasa memberikan kebaikan kepadamu bila bergaul dengannya, akan membetulkanmu bila kamu tersasar 2. Kecukupan dalam kehidupan yang tidak memerlukan kamu bergantung kepada orang lain 3. Solat berjamaah kerana pasti selamat drp sahwu/ lupa dan pasti mendapat ganjaran pahalanya.
  2. Seterusnya beliau menyambung mencirikan perilaku mukmin: Dia adalah cermin kepada saudaranya, bila berlaku sesuatu yang tidak disukainya, akan segera diperbetulkan dan dibimbing secara terang atau berahsia( menegurnya)
  3. Khalifah Umar Bin Abd Aziz pernah berkata : seseorang akh itu telah menjalankan kewajipan dan membina hubungan yang baik dengan saudaranya bila dia memberikan nasihatnya yang baik dalam urusan agama dan dunia saudaranya
  4. Seperti juga desakan memberi nasihat, juga perlu ada kesediaan yang tinggi untuk menerima nasihat. Si mukmin gembira dengan nasihat tetapi Allah mencirikan peribadi pendusta dengan kebencian mereka kepada nasihat "ولكن لا تحبون الناصحين "
  5. Imam Syafie membantu lagi: Sesiapa yang aku nasihati, dia menerimanya dengan baik, pasti aku hormati dan aku hargai tetapi jika dia menolak nasihatku, hilanglah rasa hormatku padanya dan aku akan menolaknya.
  6. Khalifah Omar Bin Abd Aziz mengarahkan pembantunya , Muzahim : bersambung .....



أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 2

النور الثاني : تنقية النية مما علق بها من شوائب
Membersihkan niat drp sebarang kekotoran yang bergayut padanya

  1. Khalid Bin Al Waled pernah berkata, ketika itu perang Yarmuk sedang berkecamuk " Hari yang kita lalui sekarang adalah satu hari daripada hari- hari Allah( sesuatu yang sangat besar bagi Allah). Tidak wajar berlaku pada hari seperti ini unsur berbangga ( secara melampau) dan melampaui batas. Ikhlaskanlah niat kamu dalam jihad ini, talakan amalan kamu kepada redhaNya sahaja kerana apa yang berlaku hari ini pasti ada kesannya di masa hadapan"
  2. Pertembungan sengit dengan jahiliah yang kita lalui sekarang dalam usaha kita mengembalikan kehidupan islam kembali, sebenarnya juga adalah antara hari - hari Allah yang besar itu yang pasti ada kesan lanjutnya di masa hadapan. Adalah tidak wajar bagi seseorang daie terus ditarik oleh fitnah hingga sanggup berlagak sombong dan memperkecilkan sahabat- sahabatnya dan terus bertindak melampau dan melawan kepada pemimpin yang pernah dia berikan akuan ketaataan..
  3. Keikhlasan ini haras melampaui sempadan maknanya yang biasa didengari. Ia harus melepasi noktah itu iaitu satu pengamatan teliti secara senyap untuk diinsafi hasil yang muncul daripada niat- niat bercampur ini seperti dosa besar dan perkara salah yang serius yang telah merencatkan perjalanan dakwah Islamiyah semasa, yang telah menggoncangkannya dan dirancangkan agar ia terlencong dari jalan sebenarnya yang lurus tetapi.... Allah sentiasa melindungi dakwah ini dengan membekalkannya dengan qiadah yang sentiasa thabat dan tenang/ tidak gopoh dan mudah melenting.
  4. Jika keengkaran ini berterusan, feqh dakwah kita telah menyarankan jika dia tidak insaf dan bersegera membersihkan niatnya, maka kita perlu segera membersihkan saf ini daripadanya (من لم يتعظ فيسارع الى تنقية نيته, سارعنا نحن الى تنقية الجماعة منه )

bersambung...

11/06/2009

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة: Mukaddimah



Aku sudah ada cukup semangat untuk memulakan langkah untuk membuka bicara mengenai tajuk di atas. Bicaranya nanti panjang ( tapi akan diperenggankan agar tidak membebankan ketika kau dibacanya)
  1. Ianya bermaksud himpunan 30 ( tiga puluh) cahaya yang bakal menyinari laluan gelap fitnah dalam jalan ini. Tentang fitnah, aku belum berkesempatan menjelaskan. Carilah sendiri. Secara mudahnya, ia benda busuk yang tak baik dan mesti dihindari. Untuk itu, disediakan panduan@ cahaya yang membantumu menjauhinya. Di sana ada cahaya, kenapa secara sengaja memilih gelita? لا تظلم نفسك بإختيار الظلام jangan zalimi dirimu dengan memilih kegelapan.
  2. Ianya adalah adaptasi drp buku al 'Awaeeq dengan penyesuaian versiku. Ianya adalah versi peribadiku. Jika ada kebaikan, ambillah, kalau aku tersilap, betulkan aku, aku ada kesediaan yang tinggi untuk menerima.... itulah tekadku dan minatku
  3. Jangan terkejut nanti, kandungannya agak berat, bahasanya seringkali kesat dan keras. Aku sekadar menterjemah bahasa Abu Ammar yang sememangnya keras. Aku cuba sedaya mungkin mendekati kekerasan bahasanya... Abdul Qader Al Kailani pernah berpesan " Jangan kamu lari dan takut dengan kerasnya bahasaku, kerana beginilah aku ditarbiah di jalan Allah ini... لا تهربوا من خشونة كلامي, فما رباني إلا الخشن في دين الله عز وجل
  4. Apa yang dinukilkan nanti perlu dilihat kosong drp pengorangan, ibarat baju yang tidak ada orang yang memakainya. Aku juga tidak berniat langsung untuk menentukan ... kamu si A, pakailah baju ini, ianya sesuai sangat untuk kamu... kamu si B, juga sesuai untuk seluar ini.... jangan ada di kalangan kita membuang masa mencari orang lain untuk dipadankan dengan apa saja yang tertera. Apa yang kuharapkan darimu, ambillah ia sebagai panduan hidupmu agar tertib hidupmu nanti. Aku akan seperti penulis asalnya, menulis peristiwa secara yang wajar, selamat , tidak mendetil dan yang paling penting, pengajarannya. Begitulah al Quran, seringkali diungkapkan perkataan Rojulun ( lelaki) tanpa menyebut namanya... kerana bukan itu objektifnya. Pengajarannya yang penting.
  5. Ambillah dian ini dan berlalulah dengan tenang dan berilmu. Memang banyak halangan di jalananmu , tapi dengan adanya dian di tangan kirimu dan mushaf di tangan kananmu, berbekal ilmu di dada dan taqwa di hati, berlalulah... di sisimu ramai teman yang juga berjalan bersamamu... sebahagian mereka menumpang cerah dianmu, bersembanglah, kisahkan pengalamanmu dan pelajari suka derita mereka. Bergembiralah bermusafir.... jangan stress.... bayangkan cahaya hakiki di penghujung destinasi..

11/01/2009

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتن


Beberapa orang teman mendesakku menulis tentang perkara di atas. Adalah sedikit pendedahan pembacaan dan kajian silam yang kulalui sewaktu di Mesir. Diharapkan ia menjadi panduan buat mereka, anak- anak mudaku dan siapa sahaja... agar hidup kita nanti lebih senang dan disenangi, lebih bersopan santun, mendekati kebenaran, rahmatNya mencurah turun bak hujan lebat membasahi kegersangan jiwa dan sanubari. Apa isinya... nanti dia akan muncul

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتن