Halwa Telinga


Showing posts with label Rangkuman Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Rangkuman Penghargaan. Show all posts

3/09/2011

Kenangan Silam Menggamit Kembali

Rumah dunia yang pernah dibina olehnya, tapi tak sempat didiami... lalu mendiami rumah yang lebih damai dan aman. amin


Lipatan sejarah terungkap kembali, sebak lama menggamit semula... semoga dia terus bahagia di sana.... segala jasa bernilainya menjadi hasanatnya di darain

Khartoum

11/07/2009

Lagi Tentang Dia


Setelah segalanya berlalu, dan dia insyaallah damai di perut bumi, kembali kepadaNya membawa segunung amal soleh yang agung ( itulah jangkaan kita) kita masih terus mengingatinya dan menghargainya. Dia berjasa kepada ramai orang. Orang yang tak mengenalinya atau tidak menghargainya sahaja tidak peduli tentangnya. Apa yang sangat penting ialah kita juga menapak di tapak yang ditinggalkannya, di kemuncak amal soleh... lagi akan ku kisahkan buat yang hidup tentang orang yang telah pergi..

11/06/2009

Iringan Terakhir , Khartoom. Sudan


Lagi Tentang Dia



Beberapa peristiwa menyayat hati sebelum pemergiannya
  1. Ketika menyabarkannya sebelum berlaku pembedahan.... dia berkata" Manusia ini diciptakan dhaif/ lemah. Sedikit sahaja anggotanya sakit, dia tak dapat berbuat apa- apa, terbaring kaku walaupun sebelumnya tampak gagah perkasa, riang gembira, berhilai tawa. sedikit sahaja kekuatan itu ditarik, terlepak dia tak bermaya. .. begitulah kita... tapi... kenapa manusia itu masih angkuh kala sihatnya, tak mendengar nasihat dan kata drp orang tua, tua ilmu dan pengalamannya sedangkan dia masih muda lela ilmu dan liku hidupnya... sekarang ini musim hujan... hari selalu mendung, musim orang sakit gamaknya... semoga kita terus insaf dan sihat atau insaf walaupun sakit.
  2. Selepas pembedahannya dia juga ada berkata" Dekatnya ajal kita denganNya, bila- bila masa boleh kembali menetap kekal di alam lain... maka bersedialah untuk itu
  3. Dia seperti Al Farouq, di saat sedar sebelum kematiannya, masih berbicara tentang kita... dibenaknya kesedihan melihat apa yang berlalu.... yang tidak difahami punca berlaku, apa yang diingini sebenarnya, tidak dapat ditanggapi. Dia terus merafak harapan.... uruslah rumahmu dengan taqwa dan iman, aku sudah dipenghujung usahaku. Dengan ketebalan iman di dada, kelak Dia akan menurunkan hujan rahmatNya. Tanah tapak rumahmu bakal subur, rimbunan kehijauan rumputmu, buah- buahanmu masak ranum, dengan kicauan merdu beburung.. dan di sudut sana, kedengaran seruling gembala mengalunkan lagu indah.... tentu ramai yang bakal bertandang dan menumpang teduh.. insyaallah bakal menjadi penghuni rumah itu.... rasanya rumah itu perlu dibesarkan, kita juga perlu berjiwa besar kerana orang bertandang itu berbagai dan besar- besar. Siapkan prasarananya, indahkan susun aturnya, pilih tukang masak yang sedap air tangannya... agar barakah hidanganmu, masaklah nasi dan lauk lebih sedikit.. mereka tentu berselera dan perlu nasi dan lauk tambah... jangan lupa akhir, sekalung doa dan seuntai fatihah buatnya dan terus hayati lagu hijjazku..

10/28/2009

Air Mataku Bergenang Lagi...



Aku tak peduli apa katamu.... masih belum selesai ke? Ya masih belum selesai... sahabatku menitip gambar terakhirnya ... dan terus hayati lagu hijjazku..

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami .....


Hijjaz (Munif Ahmad)

Kau Sahabatku Kau Teman Sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

10/26/2009

وما تدرون ما هي الغربة عن الوطن ؟


Lagi tentang dia. Maafkan aku, aku masih belum puas.... ingin ku keluarkan rasa hati ini., buat tatapan mereka yang punya hati dan mampu menghargai. Seorang teman dan guruku mengungkapkan sewaktu menyampaikan ucapan takziahnya selepas mengimami solat jenazahnya tempoh hari... antaranya
  • Dia telah menunaikan hak Allah ke atasnya di bumi ini, menyebar dan memasakkak fikrah ini di sini dan sana dan dia telah meninggalkan kita di sini dan tidak di sana, di negara kelahirannya
  • Dia telah merantau belasan tahun, di rantau ini. Dia merantau jauh untuk memasak paksi kebenaran di dada kita, merapat yang jauh dan menjauh, lalu teman ku mengatakan " وما تدرون ما هي الغربة عن الوطن ؟ Memang kita di sini tak akan faham makna merantau, berkelana di bumi asing. Tapi aku terusik dengan kata- kata itu kerana aku dapat memahaminya sedikit. Kesedihan, kerinduan dan berbagai kesukaran adalah rencam hidup mereka. Ada yang berjauhan kerana kerja dan "kerja" dan ada juga yang terhalang kerana jahat orang lain. Buat temanku, hargailah jasa orang ini, sanggup berjauhan demi kita. Dia berusaha keras memperbaiki rumah ini, hargailah usahanya dengan terus mengindah, merapi dan menyiram air mawar ( sewangi air mawar di tubuh kakunya) agar rumah ini menjadi rumah yang mulia dan bersedia memberikan "IKRAM" kepada sesiapa yang duduk, bertandang atau merisik khabar. Rumah yang disenangi dengan AL KARAM: yang bertandang akan dihidangkan air yang dingin dan syahdu sampai ke kalbu, dia tak akan haus, dia tak akan kecewa.
  • Seperti ini juga nanti kesudahan kita. Segalanya tak bermakna kecuali yg kembali mengendong hati yg sejahtera
  • Masih ada banyak lagi .......dan aku memiliki rakaman audionya.....

Kenangan Ustaz Tajul Arifin


Gambar2 ini diambil selepas selesai berbuka puasa di dalam Masjid Nabawi pada maghrib 22 Ramadan 1430. SHB mudah bermesra dengan siapa sahaja yang beliau jumpa hingga sahabat arab yang menjamu makan itupun amat menghormatinya walaupun pertemuan itu amat singkat. Saya masih ingat sahabat arab itu menyebutkan.. "di mana sahaja aku berjumpa dengan kamu, kamu sentiasa didampingi oleh orang2 muda ....".

SHB sesekali menyatakan beliau sakit belakang... saya lalu bertanya kalau2 dia berkehendakkan kerusi untuk bersolat... lantas beliau menjawab..." sekali aku guna kerusi, maka kemungkinan aku akan sentiasa perlu kepadanya nanti"... Dia suka mencabar dirinya melakukan sesuatu dengan 'azimah' @ kesungguhan dan sedaya mungkin tidak akan mengalah kepada penyakit...

Itu sebahagian dari qudwah insan berjiwa besar...


"CONTOHILAH ORANG YANG TELAH PERGI KERANA KESUDAHANNYA SUDAH TERBUKTI."

Allahu Akbar Walillahil Hamd...

Musim Orang Mati ?


Dalam seminggu ini, aku dikejutkan dengan sejumlah kematian orang yang rapat denganku. Bermula dengan SHB, kemudian dengan kematian nenek sebelah ibuku di Kg Tengah, Sabak Bernam. Waktu itu( kelmarin), aku pulang bercuti sekeluarga menziarahi ibuku... dan semalam petang, kematian sepupuku, Dr Zainuddin Jaafar.

Kami sepupu, tetapi selepas tahun 1981, kami jarang bertemu lama. Setelah aku pulang ke Malaysia 1992 ( tujuh tahun di Mesir dan tak pernah pulang langsung) kami terus jarang bertemu untuk tempoh masa yang lama. Sekadar berselisih sewaktu hari raya sekejap. Cuma pada awal tahun 2008 barangkali, aku berkesempatan ke Brunei atas urusan kerja dan bertemu dengannya. " Bang Din! Hari ini sangat istimewa buat kita. Nama je kita ni sepupu, tapi tak pernah duduk bersama lama, kecuali hari ini. " Hari itu, hampir satu hari penuh kami bersama menziarahi teman spt Dr Wan Mat, Dr Abdullah Mohd Zin dll.

Aku mengetahui deritanya dan mengikuti perkembangannya dari jauh. Tengahari sebelum kematiannya( meninggal dunia pada pukul 6.20 petang Ahad 25 okt) aku meminta Dr Hatta ( yg berada di Brunei ketika itu) menziarahinya dan menyampaikan salamku kepadanya. Entah sempat kah hajat itu ditunaikan.
Semoga dia ditempatkan di tempat yang mulia....

10/24/2009

Mujur Bukan Aku Yang Mengiringi ....


Aku sudah meletakkan niat di hati, kesediaanku mengiringinya- kalau diperlukan- kerana ingin terus bersamanya hingga langkah terakhir bersamanya. Akhirnya langkahku berakhir di Masjid UPM sahaja bersamanya dan di KLIA 2.45 am bersama isterinya. Setelah kubaca post sahabatku yg mengiringinya ..... aku mengungkapkan ungkapan "Mujur Bukan Aku Yang Mengiringi ...." rasanya tak mampu aku menunaikan amanah itu. Terlalu berat menyerahkan sebujur kaku lelaki itu kpd keluarganya.... sekali lagi... Mujur Bukan Aku Yang Mengiringi ....

Semua Yang Menyumbang, Pasti Diganjari


Rangkuman Kesetiaan Dan Penghargaan Tak Bertepi Buat Si Dia 3

إعترافا بالجميل

Aku sangat pasti, terlalu ramai yang menyumbang, berbagai sumbangan.Dulu, tadi dan seterusnya. Tanpa mewakili sesiapa, aku rasa bertanggungjawab utk mengungkapkan rangkuman terimakasih, rasa bangga atas komitmen yg kulihat. Semuanya kerana ukhuwwah, kerana rasa terhutang budi, tapi tak sepadan antara itu dan ini.

Jazakallah Khairan buat
  • Teman- teman di PJ, Allah tahu betapa besarnya sumbangan antum dan kurasai keikhlasan dan kebanggaan antum.
  • Dr Zurin Adnan dan pasukannya. Antum telah melakukan yg terbaik, jangan rasa bersalah, dia milikNya, kuasa dan ajal di tanganNya. Pasti besar ganjaran antum di sisiNya. Berkhidmat kepada insan mulia
  • Teman- teman di Serdang dan di seluruh negara, berbanggalah dan bersyukurlah. Sempat juga kita menyumbang
  • Sahabat- sahabat yang mengiringi jenazah ke negara asalnya, jkk kerana mewakili kami...
  • Ada juga teman- teman nun jauh di seberang lautan, juga menyumbang dan menghargai serta merasa kehilangan. Jasanya melampau lautan dan benua.
Buat Kak Amal, bersabarlah, redhailah pemergiannya. Itulah yg terbaik buatnya dan itulah kehendakNya. Perjuangannya akan kita teruskan. Wasiat dan nasihatnya akan kami pasakkan di bumi nyata. Itu janji kami. Sempat juga kami menjabat salam dan ucapan perpisahan buatmu di akhir sempadan. Aku, Hasbullah dan isteri bertekad, tak kira pukul berapa, kami akan berada di langkah perpisahan terakhir kerana ..
إعترافا بالجميل

Bagai Semalam, Kau Bersama Kami….



Rangkuman Kesetiaan Dan Penghargaan Tak Bertepi Buat Si Dia 2

Aku masih terkejut – bukan kerana tak redha- tapi sebenarnya…….. dia amat istimewa buatku. Semasa hayatnya kurasakan sebahagian sahaja daripadanya…. Tapi selepas pemergiannya, kurasakan sesuatu yang terlalu berbeza…. Kalau aku mengetahui perkara ghaib- tak mungkin ku ketahui- nescaya ku gandakan apa sahaja untuk keselesaannya. Aku belajar bahawa… kalau perkara itu baik, dia itu baik… mulia di sudut syariat dan adat… jangan bertangguh melakukannya, takut tak sempat… samada dia yang pergi atau aku yang pergi.

Aku masih ingat… sehari sebelum pemergiannya, kami sepasukan ( aku, fauzi dan nizam) berpakaian pasukanku, menziarahinya di pembaringannya. Dia anak jantan( memang jantan pada emosi dan sikapnya) yg kuat. Sepatutnya empat hari di ICU, dia sudah boleh berpindah ke wad biasa setelah 2 hari berlalunya pembedahan. Dia bertanya kepadaku “ kenapa lambat datang? Baru kutahu aku juga istimewa padanya, ingin ditemui segera.Ku berikan ungkapan semangat padanya” Besarnya pahalamu, menanggung luka di kepalamu, umpama luka ashab Uhud. Kamu sekarang di tengah medan tempur, Ardh Ribath, cedera pula, sabar pula, redha pula. Di situ kulihat dan semakin kufahami hakikat tawakkal. Memilih secara bebas, faham, tahu risikonya dan berserah secara bulat kepada Al Rahman. Memang dia sebenarnya Al Rahman: Dengan kasih sayangNya, pembedahan berjaya, dengan kasih sayangNya juga, Dia mengambilnya utk bersamaNya di sisiNya, matinya di tengah medan tempur, mati secara mulia. Dia antara perancang dan peneraju utama kesejahteraan dan keutuhanku dan teman- teman. Dia yang menebaskan semak di jalananku dan teman- teman ( sepatutnya kami yang menebasnya… tapi kerana mulianya nuraninya, perkasanya rasa tanggungjawabnya) dia yang menyinsing lengan membuangkan paku dan kaca yang mengganggu kelancaran kami ke hadapan. Amat kutahu letihnya dia bermusafir berulang alik utk membantu menyelesai, merungkai simpulan dengan caranya yg tersendiri, merapat yg jauh dan menjauh. Tiadakah di sana hati yg mahu menghargai jerih keras insan ini lalu mendengar nasihatnya?

Aku makin faham nilai ukhuwwah. Kita tak serupa; pada warna, saiz, lisan dan segalanya, tapi kita berkasih sayang… kerana apa ye? KeranaNya rupanya. Aku berjanji akan berhati- hati berbahasa, menggunungkan baik sangka dan lapang dada, meningkatkan taqwa agar jahat itu tak datang dari sisiku.

Rupa- rupanya ukhuwah dan perpaduan itu amat besar ertinya. Besar pahalanya, besar kesanya, ledakan atom kesannya kalau dirobek jalinan indahnya…..

Untuk teman- temanku, fashbiruuuuuu. Kuatkanlah kesabaranmu utk mengawal diri dan keputusanmu agar anyaman indah ukhuwwah dan kesatuan ini terus utuh, terus mekar, mewangi atau…. paling tidak, kalau berlaku robekan, bukan datang dari sisimu. Dia telah pergi, amanahnya terlaksana, kita bagaimana?

Mohon maaf kerana berjela..Emosiku sedang menggila…. dan aku gembira mengungkapkannya. Hayatilah nasyid Hijjazku, kelak bergenang air matamu….airmata ukhuwah dan kesetian

Rangkuman kesetian dan penghargaan tak bertepi Utk Si Dia 1


Assalamualaikum,
Aku masih bersedih ditinggalkan teman, teman yang hasan ( baik, luhur budinya, terlalu perihatin orangnya .... hasanun fi kulli syai-in. Di sini cuba ku ungkapkan sebahagiannya dan sebahagian yg lain akan menjadi rahsia indah antara aku dan dia dan DIA, tapi kebaikan itu tetap akan ku kongsikan juga dengan teman dlm berbagai bentuk dan suasana....... tak baik memonopoli sendirian kebaikan anugerah Ilahi ..... keindahan bersamamu ( KBM versi ku)

Aku mengaggap aku dianugerah sesuatu yang hasan dan sangat berharga berkesempatan bersamanya, menyambutnya, menghantar, membelikannya, berjalan dengannya, bergurau dan berguru dengannya ....... sebak dadaku mengingatkannya..... semakin sebak bila teringat lagu hijaz meratapi teman mereka yg pergi duhulu .... kau sahabatku... kau teman sejati.... kan ku jadikan lagu tema blog ini menggantikan Ghuraba'... entah sampai bila...... sampai reda sebak di dada atau ku temui penggantinya. Banyak lagi akan ku kongsikan .... tunggu feeling ku memuncak.....