Halwa Telinga


Showing posts with label حديثي الى الشباب. Show all posts
Showing posts with label حديثي الى الشباب. Show all posts

10/28/2009

حديثي إلى الشباب 3


Langkah Bermula ...
Untuk anak- anak dan rakan mudaku, bicaraku denganmu insya Allah akan berlegar di atas dua keping tanah ( keping: bahasa orang Banjar dahulu di kampungku, menggambarkan +- dua petak/ ekar tanah sawah/ kebun).


Sekitar dirimu sendiri( termasuk aku) : perlu diisi, dimurni, diperbaiki agar indahmu ori, dari lubuk hati yang suci " Orang yang tidak memiliki, tidak mampu memberi"
  1. Ikhlaskan hatimu
  2. Jauhi perkara syubahat
  3. Julang tinggi rasa tanggungjawabmu
  4. Tidak mencampuri urusan orang lain, tiada kaitan denganmu
  5. Himmah yang tinggi
  6. Sentiasa Optimis
  7. Berpengetahuan luas
  8. Pastikan diri sentiasa ditarbiyah
  9. Melazimi zikir dan menjauhi sembang
  10. Tidak munafiq
  11. Iltizam dengan akhlak dan tatasusila Islam
  12. Bersih, segak dan ceria
Sekitar hubunganmu dengan yang lain agar segalanya jadi indah, mendekati kehendakNya.
  1. Suka berkenalan dengan sesiapa yang ditemui
  2. Bijak memilih taulan
  3. Bersama teman di masjid
  4. BM
  5. Baik interaksi dengan orang lain
  6. Amar Ma'ruf nahi Munkar
  7. Imbangan bijak antara diri dan amal jamaie
  8. Menyumbang dengan harta
  9. Pengurus yang berjaya ....
...... semoga ada baiknya nanti

حديثي الى الشباب 2


Kepada Siapa Aku Berbicara ?
1. Ini bicara khusus buat anak- anak dan rakan mudaku yang terpilih. Terpilih kerana mereka cuba memahami dan cuba menghayati Islam dalam realiti nyata kehidupan harian. Terpilih kerana memilih secara rela. Bilangannya tak kuketahui tapi yang pastinya ramai. Sebahagiannnya memang ku kenali secara dekat dan sebahagian yang lain mungkin tak kukenali ( tapi mereka mengenaliku: maafkan aku, mungkin terlupa, maklumlah sudah menjangkau 45 tahun) tapi yang pastinya bila bertemu, ada aura sejenis kepercayaan dan keyakinan, lalu membuahkan rasa selesa, wajahnya boleh kuteka, ada sinar sujud padaNya. Anggaplah bicaraku ini buatmu, tidak buat yang lain, sebagaimana sahabat radhiyallahu ‘anum, merasakan setiap yang terungkap di lidah Muhammad, ditala buat mereka. Ini bicara buat kita yang saling mengenali. Kepada yang lain, aku tidak pasti, tapi terserah pada Ilahi, jika diizin, pasti ada faedahnya buat mereka.
2. Juga untuk anak muda yang sudah pandai menaggungjawabi beban orang dewasa, walaupun fahamnya belum seberapa. Jangan salah tanggap, aku menghargai kamu, kami dulu lewat memilki kesedaran. Kamu beruntung, seawall usia ini sudah memahami erti kehidupan dan perjuanagan, bertanggungjawab atau ingin bertanggung jawab. Dulu dan sehingga kini kami sering silap. Semoga kamu tidak mengulanginya. Ingin dikongsi keperitan berbuat salah dan kegembiraan berjaya, agar kamu melangkah tanpa rencat, cahaya gemilangnya lebih cerah bahkan menyilaukan pandangan. Akan ku nukilkan buatmu anak- anakku, apa yang kurasa perlu, kurasa penting buat perjalananmu. Tanggungjawabku menebas semak di jalananmu, jangan ke kiri terus ke kanan, berhenti sebentar sahaja di simpang itu dan terus ke hadapan. Hasan telah membersihkan laluanku, rasanya nanti mungkin semak kembali, begitulah aturan fitrahnya, aku telah berjanji meneruskan minatnya : membersih dan mengindah jalanan buat para duat.
3. Secara terangan, aku ingin menyindir rakan seangkatan, penumpang sebahtera yang kulihat kurang memberi perhatian, kurang memandu arah perjalanan, membiar anak muda meredah onak dan duri, lembah yang sangat asing buat mereka, tidak terjangkau dek pemikiran mereka, dek kecetekan ilmu di dada. Kenapa kamu tidak seperti dulu: rajin, berusaha keras, sangat memahami dan perlu kau ketahui, anak- anak itu kecewa denganmu, berikan hak kami , kata mereka. Aku sering berbicara dengan mereka, kerap kudengar rintihan ini. Untuk itu, kamu perlu upgrade versimu, sekarang sudah ada versi baru selepas vista. Berikan kerjasamamu, fahami mereka dan penggerak mereka atau nanti mereka redah dan terjah saja tanpa peduli kuasa dan sempadan singgahsanamu. Aku berminat bersama mereka kerana aku juga sudah jemu dengan kemelut ini. Aku tak pasti adakah ungkapan ini difahami atau aku akan kena lagi…..

10/27/2009

حديثي إلى الشباب 1


Assalamualaikum.
Aku ingin membuka medan pencak baru penulisanku. Ku tujukan khas buat anak- anak dan teman- teman mudaku. Ianya nanti adalah hasil pembacaan, pengamatan, pengalaman dan dan fahamanku. Ia bersifat peribadi dan khusus berdasarkan laluan hidupku tapi bisa dikoreksi: peristiwanya tetap begitu tapi pengajarannya mungkin berbagai dan diindahkan dengan nilaian berbagai pihak dan pengalaman berbeza. Semuanya ditalakan ke arah memberikan tapak berpijak, jambatan merentasi parit dan sungai, bahtera menongkah samudra luas yang sedang dan bakal dilalui oleh generasi pelapis tersayang. Jika ada yang boleh dipakai di badan, disarung di pinggang dan sesuai menutup auratmu, lalu semakin kacak penampilanmu, semakin IKRAM hati budimu, ambillah ia. Jika sebaliknya, biarkanlah ia, kelak kuperbaiki tapi.... itu sahaja yang kumiliki. Aku tidak pandai... tapi tetap ingin berkongsi, dengan niat suci. Jika isinya tidak seberapa, kuharap ganjaran memberi daripadaNya.

Aku akan menulis dalam gaya bahasaku sendiri, berpuisi sedikit, seringkali menggunakan perlambangan yang kabur ( yang penting adalah pengajarannya, peristiwa sebenar sengaja dikaburkan atas kepentingan berbagai). Kucuba melunak bahasa, tapi kalau aku emosi dan geraaaam, mungkin bahasaku menjadi ganas... maafkan aku. Sesiapa terasa... selagi namanya tak kusebut, anggaplah dia bukan dirimu. Anda tidak berhak meletakkan "dia" itu dirimu, berbaik sangkalah padaku. Kalau tulisanku bermaksudkan dirimu, kan kusebut namamu dan kutunjuk dengan jari telunjukku..... tapi, jangan bimbang, itu bukan peribadiku, bukan kesukaanku.

Sebagaimana biasa, tak tahulah berapa episodnya. Semuanya tertakluk kepada mood dan angin monsunku, kepada waktu yang terluang dan kepada kesesuaian... dan izinNya.