Halwa Telinga


Showing posts with label Beberapa butir permata yang ditemui di dalam gerabak ini. Show all posts
Showing posts with label Beberapa butir permata yang ditemui di dalam gerabak ini. Show all posts

3/03/2011

Dua Sifat Mulia


Rasulullah SAW pernah berkata kepada Al Asajj( r) ketua qabilah Abd Qiss : Padamu ada dua sifat yang dikasihi oleh Allah iaitu lemah lembut dan tidak gopoh ( Muslim)
  1. Bersikap lemah lembut dalam tindakan merupakan benteng untuk melindungi dirinya berhadapan dengan fitnah dan mampu mengawal gejolak marah dan ego membesar diri hingga dia sentiasa berlaku adil dalam penilaian dan keputusan yang diambil
  2. Tidak gopoh pula sentiasa menyelamatkannya daripada tersilap membuat keputusan dan tindakan serta dia mempunyai masa yang cukup untuk membuat penilaian dan rujukan serta pemastian kesahehan fakta. Di kala itu kekeliruan sudah hilang dan... yang baik sahajalah yang terbit daripadanya.
  3. Contohilah kemuliaan ini. Imbangilah fikiranmu itu dengan ketenangan, rujukan yang wajar dan bertenanglah. Dekatilah mushafmu dan...... insyaallah keputusanmu akan diberkati... iringilah keputusanmu dengan doa, istighfar dan zikir....

3/02/2011

Tiga Perkara...


ثلاث من كن فيه, كن عليه
البغي لقوله تعالى ياأيها الناس إنما بغيكم على أنفسكم يونس 23
والمكر لقوله تعالى ولا يحيق المكر السيئ الا بأهله فاطر 43
والنكث لقوله تعالى فمن نكث فإنما ينكث على نفسه الفتح 10

Tiga perlakuan, jika sesiapa melakukannya, dirinya sendiri akan terkena padahnya ( berbalik kepadanya:
Melampau batas : FirmanNya : Wahai manusia! sesungguhnya perlakuan melampaumu, pasti akan mengenai dirimu sendiri
Tipu daya: FirmanNya : Tipu daya yang keji itu pasti mengenai kembali pelakunya
Memungkiri janji setia: FirmanNya: Barangsiapa yang memungkiri janjinya, pasti mengenai dirinya kembali

Untuk itu, wahai teman dan anak- anak, berhati- hati serta berkiralah dalam aturan hidup ini agar antum tidak tersasar dek pilihan sendiri atau pilihan orang lain yang engkau turuti. Berfikirlah secara bebas, jangan gunakan otak orang lain...... berfikirlah berdua atau berseorangan ... pasti kau kan tahu, bahawa orang itu, ibubapamu, gurumu dan abang adekmu bukan orang gila.. orang yang tak mengenal mana yang benar.. dan orang yang tak tahu apa- apa. Mereka tetap dipelihara Allah... untuk itu lemparkanlah syaitanmu itu.... nanti kau makin jauh tersasar.... terkena dek badi pilihan sendiri


3/01/2011

Ingatlah....



Dibelakangku itu adalah Medan Pertempuran Yarmuk..

الإيمان يزيد بالطاعة وينقص بالمعصية وينمو في جماعة

Iman itu bertambah melalui ketaatan, berkurangan disebabkan maksiat dan
berkembang subur di dalam jamaah

10/31/2009

Beberapa butir permata yang ditemui di dalam gerabak ini 6

الرثاء للضال لا الشماتة فيه
Belas kepada yg tersasar, bukan kutukan
1. Ada ketikanya mereka jelas tersasar dan boleh dilebal sesat tetapi adab muslim perlu meletakkan rasa rahmat dan belas kpd mereka, ia lebih baik drp mengutuk dan melebal… pasti ada harapan utk mereka rujuk kpd kebenaran
2. Omar Al Faroq sering mengulang: jangan bantu syaitan menggoda sahabatmu tetapi bantulah sahabatmu melawan syaitannya.


Beberapa butir permata yang ditemui di dalam gerabak ini 5


جواز تعدد الصواب
Harus Berbilang Kebenaran
1. Berlaku dan pernah berlaku kedua pihak benar ( kisah mesti solat asar di bani Quraizah)
a. Rasul terima kumpulan yg solat asar di bani Quraizah walaupun sudah habis waktunya ( pegang lafaz arahan)
b. Rasul juga terima orang yg solat di awal waktu tetapi tidak di bani Quraizah ( ruh arahan : suruh cepat)

Beberapa butir permata yang ditemui di dalam gerabak ini 4


ذم الجدل والمكابرة
Celaan berdebat dan takabbur
1. Perkara yg paling dibenci oleh Rasul ialah berdebat dan takabbur sehingga baginda bersabda: Tiadalah perkara yg menyesatkan yg mengambil tempat hidayah selain mendatangi “jadal”. "Akulah ketua kpd mereka yg mendiami tengah syurga : yg meninggalkan jadal sedangkan mereka bersalah. Aku juga ketua kepada mereka di tengah dan di puncak syurga bagi mereka yg meninggalkan jadal walaupun dia yakin di pihak yg benar".

Beberapa butir permata yang ditemui di dalam gerabak ini 3

إحسان الظن بالمخالف
Berbaik Sangka Dgn Akh Lain
1. Ingatilah selalu pesanan Al Syafie “ Setiap kali aku berdebat dgn orang lain, aku pasti berharap agar Allah menzahirkan kebenaran melalui lidahnya, bukan lidahku “
2. Jika beginilah sikapnya dlm perkara usul, pasti ada kesediaan besar pada mereka utk saling mendekati jika didapati kebenaran pada sahabatnya atau masih tetap berbeza, pasti dia ber ” surai” dengan sahabatnya dan di hatinya memberikan “uzur”,
3. Inilah akhlak mukmin sebenar yg ingin memenangkan Islam dgn melambung dirinya drp runtunan ingin menang dan menjatuhkan yg lain

Beberapa butir permata yang ditemui di dalam gerabak ini 2

الإجتماع على الأصول
Bersatu pada perkara pokok

1. Setiap yg bersyahadah adalah saudara Islamnya yg maksum darah, harta dan maruahnya …. Dia perlu ingat ini…
2. Janganlah sembunyikan syahwat berdebat dan ingin menang hingga sanggup melebal dan melenyek orang lain dengan nama yang buruk walau apapun tahap perbezaan yg berlaku


Beberapa butir permata yang ditemui di dalam gerabak ini 1

الحرص على دوام الأخوة والوحدة
Keprihatinan Tahap Tinggi Terhadap Ukhuwwah dan Kesatuan
  1. Para mukmin belajar drp madrasah quran dan sunnah Rasul tentang ukhuwwah dan kesatuan hinggamelekatpada diri mereka dan menjadi contoh ikutan kelompok lain
  2. Mereka tidak seperti kelompok lain yg menjasad pada diri mereka kedengkian, pertelingkahan dan buruk sangka kpd orang yg berbeza, lalu tersimpang tumpuan mereka kepada lorong amal dan penghasilan untuk Allah dan kerana Allah
  3. Daripada dua sumber hidup ini, setiap akh muslim memahami bahawa apabila berlaku perbezaan pandangan dengan akh lain a. Sebenarnya kitaberbezaini utk mencapai matlamat yg tak boleh kita tinggalkan sama sekali iaitu untuk menegakkan manhaj Allah di muka bumi ini b.Kita ada sempadan yg tak boleh dilepasi iaitu ikatan hati dan kesatuan kalimah
  4. Apabila ia dingati, dia akan ber”bincangdgn berhemah, berbeza dgn beradap dan berupaya utk bersetuju agar tidak keruh keladak di hati masing- masing
  5. Akan sentiasa terngiang-ngiang di telinganya pesanan Ar Rahman ( al Anfal 46) dan Al Amin ( jangankamu berselisih, generasi terdahulu telah hancur akibat berselisih)