Halwa Telinga


12/10/2009

Ketemu Benda Menarik dan Bermakna

Satu produk biskut jenama ikram, baru dalam pasaran di sini

Jus Peach, lama dalam pasaran, tapi kulihat, ia melepasi tarikh luput....

Aku merayap lagi hari ini di sekitar bandar Istanbul... lalu kujumpa benda di atas. Biskut baru, tapi sedap rasanya, menarik penampilan luarannya, pasti kubawa balik banyak2 untuk dirasa teman dan anak- anakku.... dan satu liter jus peach, menarik juga bungkusan luarnya tapi... bila kulihat tarikh luputnya, alamak! dah expired rupanya.

Bagiku, mencuba produk baru, tiada salahnya. Kebanyakan produk baru, bukan baru segalanya. Syarikat pengeluarnya sudah mengeluarkan banyak jenama sebelumnya. Resepi asasnya tetap sama, cuma tambahan rasa dan warna yang membezakannya. F&N adalah pengeluar jenama sprite, mirinda, sarsi dll dan juga produk terkininya... tak tahu lak namanya.

Tapi kalau jus yang dah expired, jangan berani2 diminum, berisiko tinggi, kelak keracunan.. takut2 nanti sampai dirasuk syaitan. Aku memahami expired ini maknanya tidak diiktiraf, tidak dicadangkan untuk diguna dan dimiliki dan .. tak sesuai untuk segalanya.

Akan kuberi juga anak- anak berlian di Cairo dan San'aa merasanya, selain antum di Malaysia. Ianya sangat sedap dan lazat, lazatnya sampai ke hati. Kalau ada orang yang mentohmah kelazatan biskut ini, itu sekadar dzan bis suu'/ suu' dzan/ sangkaan nakal mereka. Lalu aku katakan... kalu tok sei, ikut mu Lah...

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 6

Ikan segar di pasar dekat Masjed Fateh

وزن المسلم بحسناته وأخطائه معا
Nilailah Saudara Muslimmu Secara Adil
( Ambilkira kebaikannya juga di samping kesilapannya )

  1. Ingatan ini berkaitan mereka : Seorang yang terleka dan merasakan dia bijak dan pandangannya dirasakan lebih tepat dan kita, ketika menilai seorang pemimpin yang pernah membuat keputusan- keputusan besar yang mungkin tidak kita kagumi dan setujui, ambilkiralah sumbangannya, sejarah gemilang kerjanya, penerokaan awalnya bersama kelompok pengasas, kamu ketika itu belum lahir lagi, dan dia masih lagi setia bersama bahtera ini... ingat semua itu wahai orang muda....
  2. bersambung... nak sarapan jap

Salam Dari Istanbul 2

Sejuk wee! Siang 9 celcius , malam 7 celcius

Sempat jumpa pasar malam, dekat Masjid Fateh. Setakat ini, seronok di sini kerana telalu ramai wanita yang menutup Aurat. Bertuah rakyat Turki, dapat pemimpin yang baik. Aku dapat merasakan kepuasan wanita Turki, dapat melepaskan geram terpendam selama ini... kerinduan untuk menutup aurat... alhamdulillah


Antara kebiasaanku bila ke luar negara, pasti ke pasar, untuk mengetahui budaya dan jenis makanan yang ada di sana.. tapi kat sini aku tak dapat masak, kalau boleh, pasti aku beli ikan dan masak asam pedas, best beb. Insyaallah di San'aa nanti, kami akan buat kenduri sembelih kambing, untuk meraikan ulama' muda kita di San'aa. Jom join baaang!

Himpunan buah zaitun, pasti tak sedap sebab belum dijeruk. Kalau dah dijeruk, itu ulaman kegemaranku, tapi antum ( yang belajar di Malaysia) pasti tak suka, macam orang yg tak biasa makan petai dan jering, pasti tak suka, busuklah, rasa apa ni..... tapi bagi yang dah biasa.... terliur air liurku... sebab kat sini tak ade petai......

Hari ini kami bercadang melawat Masjid Biru dan sekitarnya dan juga Masjid Fateh, dekat je dgn hotel kami, Hotel Beer... join kami melalui blog ini dan join kami di Wamy, insyaallah kalau ade rezki, kami bawa ke sini nanti dan yang pasti, insyaallah ke KSA.

12/09/2009

Salam Dari Istanbul 1

Kami jumpa sendiri Biskut IKRAM. nanti kami bawa balik banyak2

Jalan- jalan cari makan pagi di sekitar Hotel Beer, Kawasan Fateh, Istanbul

Akhirnya, sarapan pagi sup kaware'/ kaki kambing, bau hamisnya boleh tahan juga... tapi belasah je, dah lapar


jalan- jalan lagi,
Haris +90-531-251-4835 ( 9- 12 Dec)

12/05/2009

LAGI ....QORBAN 1430 H







Anak muda yang mahu didekati.. jangan terkejut

Jangan Tel HP Saya!


Phnom Penh Dec 2008 : Lawatan Yang Amat Memeritkan

Assalamauaklaikum

Aku akan berada di luar negara atas urusan kerja mulai 9- 20 Dec 2009. Korang jangan tel saya waktu tu , nanti teruk bil/ kredit antum. Tapi masih boleh dihubungi via email : haris@wamy.my , abdharis_64@yahoo.com. Ada kesempatan di luar negara, akan ku coretkan nanti

12/04/2009

Qurban 1430 H



Anak- anak berlian kami sedang melapah lembu pertama. Solid lapahan orang muda...

Tahun depan korang pula sembelih....
Tahun ni 7 ekor aku sembelih... letih betul dan jari ibu kakiku cedera, masih belum sembuh lagi..

Assalamualaikum
Syukur, program korban kami di WAMY Malaysia telah berjaya disempurnakan. Tahun ini kami diamanahkan menguruskan penyembelihan 29 ekor lembu. Hanya 8 ekor kami sempurnakannya di pejabat WAMY Malaysia, bakinya kami agih- agihkan ke serata Malaysia.

Aku berbangga kerana korban yang dijayakan, disempurnakan oleh para anak berlian kami, pemuda / pelajar universiti dari kalangan pelajar warga Malaysia dan warga pelajar antarabangsa dan juga saudara- saudara baru yang bernaung di bawah seliaan jiran kami ABIM Outreach. Kami secara sengaja memberi laluan kepada mereka untuk menimba pengalaman dan menghayati hakikat qurban. Cuma mereka belum berani nak sembelih lembu lagi. Tahun hadapan, insyaallah aku akan paksa mereka mencuba.

Kepada yang sudi membantu, semoga Dia mengganjarimu. Amieen