Halwa Telinga


5/04/2010

Di sini Mereka Berjemur

Semua ini baru di bina selepas thunami....


Di sinilah dahulu mereka berjemur ..... dan maut di badai thunami.... tapi sekarang... adakah mereka menunggu thunami membadai sekali lagi... beringatlah sahabatku
Pulau ini memang indah tapi hampir keseluruhan pulau ini disediakan untuk keperluan pelancung kuffar/ maddi. Berselerakan bar dan keperluan maksiat serta alat berhibur....tapi ada ikhwah yang mula menawarkan khidmat " Pelancungan Halal" yang tinggi kualitinya/ setaraf dengan apa yang ada.... doakan perjuangan mereka diberkati Allah
Atas kewujudan ikhwah ini di sini, aku berasa aman di sini.... walau apapun yang bakal terjadi... setiap kita akan dibangkitkan berdasarkan niat akhir kita... ( hadith kaabah diserang- riadus salihin- bab niat)

5/03/2010

Seram !



Baru sebentar tadi aku dan kawan- kawan berada di satu kawasan yang mempunyai sejarah yg tragedis pada 26 Disember 2004 yg lalu. Dulu ia adalah satu kawasan kediaman nelayan dan menjadi tempat pelancung berjemur.

Diberitakan setelah mereka mabuk2 pada malam sambutan krismas, keesokan harinya sekitar jam 8-9 am mereka dibadai Thunami seolah2 Allah membersihkan buminya drp noda arak dan zina yang mereka rayakan sebelumnya. Ditempat ini sahaja sekitar 700 orang mati dibadai thunami. Di pulau ini hampir 7000 orang menemui maut mereka ketika itu.

Tapi manusia kuffar ini tidak pernah insaf... kawasan ini dibangun semula, bahkan lebih maju dari sebelumnya dan masih dibanjiri oleh arak dan zina
Semoga niatku dan kawan2ku yang murni ini dirahmatiNya

5/01/2010

Staff Ku

Semoga antum sejahtera, kuat bekerja, ikhlas bekerja, jaga amanah kita bersama.. pastikan output kita berkualiti dan aku di sini... kesunyian tanpa keluarga dan antum semua .. miss you all. Aku amat menghargai dan berbangga dengan antum.. rakan pasukan kerjaku... dan boss kita di Dammam.... aku perasan sendiri... juga berbangga dengan antum semua... seriusss, betul... diaorang cakap sendiri kat aku.... tapi semua nikmat dan yang baik tu,, datangnya drp Allah... semoga semua ceria....
Abu Ikrimah ... jauh membelah lautan

Jauuuh!

Assalamualaikum

Aku sedang bercuti ... jauuuh! Harap jangan tel hp ku, SMS je atau via email haris@wamy.my. maaf ye semua..... Doakan aku selamat... tempat yang ku pergi pernah ditimpa musibah besar... semoga niat suciku menyebabkan ku dilindungiNya.... hu hu

Antara Erti Kehidupan Yang kudengari Semula... 1

Persiapkan sehabis kemampuanmu segala sumber kekuatan untuk dirimu dan sahabatmu serta kelompokmu ( at Taubah) kerana di hadapanmu .... menunggu tugas yang amat besar.....

3/28/2010

Muncul Semula


Assalamualaikum.
  • Setelah sekian lama menyepi, dek kerana kekangan kerja yang berganda, walaupun berbagai perkara berlaku, yang perlu kepada ungkapan dan penilaian, untuk diberi erti, dipelajari, diceritakan kepada yang perlu dan yang sudi lalu ...... semua yang berlaku menjadi 'ibrah kepada Ulil Albab.

  • Aku bercadang ( dengan tekad yang lebih gagah serta ingatan berterusan daripada teman semua agar jangan terlalu lama menyepi) untuk aktif semula, menulis semula, menggasak semula, melunak dan membelai semula khasnya untuk anak- anak belianku... aku tak pernah lupa kepada kamu semua... terasa rindu juga kepada kamu semua.. doa antum .... agar tercapai... salam.....

  • Sekadar IKLAN :Sesiapa lepasan SPM(lelaki) nak belajar ke YAMAN, boleh hubungi haris@wamy.my dan kami masih mencari calun Setiausaha WAMY, kreteria utama... mahir berbahasa Arab( sila lihat di atas..)