Halwa Telinga
10/30/2010
10/26/2010
Jazakallahu Khairan
Assalamualaikum Wmt. Wbt
- Aku telah selamat sampai ke tanahair ptg sabtu lepas. Kesan mengantuk mesir juga telah hilang setelah 10 hari berada di bumi Al Banna ini. Kenangan manis bersama anak- anak tercinta terasa sangat kehilangannya. Aku mendapati mereka adalah anak- anak yang baik, berakhlak mulia, masih bersih nuraninya, tahu menghormati orang berjasa kepada mereka khasnya ibubapa, semangat yang seimbang, daya juang melebar dakwah yang tinggi, kuat bermusafir ..... semua ini pertanda baik masadepan yang gemilang untuk kita. Anak- anak muda ini tetap menjadi pewaris perjuangan kita insyaallah.
- Aku ingin mengucapkan rasa syukur kepadaNya kerana banyak perkara besar berjaya disempurnakan : mengulit, menjelas, menaut, mencuba menganggu, menggempur .... he he dan jalan- jalan mengimau nostalgia 80an serta menikmati keenakan to'miyah dan asir asob. Jutaan terimakasih kepada semua atas segalanya. Semoga anak- anak akan terus rajin belajar, memberikan tumpuan menguasai bahasa arab dan al quran( mempertingkat kualiti bacaan dan mempertajam hafazan) dan kuatkan kesabaran mempertahan dakwah, menyebarkannya dan dikurnia kebijaksanaan berurusan dengan berbagai jenis manusia.
10/18/2010
Berjanji tapi belum berupaya ditunai
Di Saiyyidah Zainab
Di Alex
- Ana masih di Cairo.baru lepas sarapan pagi , makan to'miyah dan ful, best giler. tapi anak- anak kat sini kurang suka. Korang belum banyak minum air sungai Nil. Lama- lama antum akan kemaruk semua ni, macam kami, para pakcik2.
- Kami akan cuba berhubung dgn ikhwah perwira 7 sekawan yg akan pulang ke Malaysia Khamis ni setelah menyempurna misi ke Gaza.
- Semalam aku bertemu dgn anak- anak / akhawat perubatan di sini ( malam sebelumnya pun jumpa juga yg lebih junior). Satu perkara yang menyentak diriku yg menyebabkan aku rasa bersalah.... ustaz.. update lah blog! Untuk anak- anak.... insyaallah... akan cuba ku tunaikan...
- Alhamdulillah, aku amat bersyukur kepadaNya. Banyak perkara besar berjaya disempurnakan. Dakwah kita di sini baik- baik- aje. Para ibubapa juga harus terus berdoa dan berusaha meyakinkan, anak - anak kita fitrahnya masih bersih, cuma mereka terkeliru dan masih muda. Dakwah yang benar pasti dipelihara oleh Tuannya. Kita harus terus berusaha melengkap diri... bukankah kita sudah berjanji waktu MTN baru2 ini akan menjadi Nuqaba' yang gigih dan baik... Allah pasti bersama kita.
- Anak- anak di sini akan mempertahankan dakwah kita, memperlengkapkan diri sebaiknya di sudut dakwah, tarbiah, penguasaan bahasa arab, ulum diniyah, quran dan kesungguhan menjelajah bumi mesir ini. Cuma ku pinta drp para pakcik2 agar kita memberikan dokongan kepada mereka. Dokongan apa... kita akan buka di Malaysia nanti.
- Mereka juga bakal menjadi pemimpin kepada dakwah pemuda kita di luar negara. Mereka juga akan berselerak ke serata dunia nanti... cuma tika ini sedang mempersiap diri, malancar lidah dgn al quran, melunak hati dgn rabbani.... aku amat bangga melihat mereka ketika ini.... Alhamdulillahhhhh.
- Tidak lupa juga para anak- anak kita di Sanaa' dan Urdun dan Madinah. Gabungan kekuatan ini akan mengindahkan dakwah yang mubarakah ini agar terlimpah ke hati2 manusia keharuman kasturi dakwah alBanna ini.
Wassalam
Cairo
9/01/2010
Mafahim Tarbawiyah Tentang Takwin 3
2. Kepentingan kefahaman yang syumul dan saheh tentang dakwah
- Untuk menjayakannya, Al Banna telah menggariskan kefahaman yang saheh ini dalam tulisannya " Usul Isyreen", usul 20. Diungkapkan di sana asas- asas utama ke arah membina kefahaman yang betul tentang Islam dan dakwah yang semuanya di rujuk kepada al Quran dan as Sunnah
- Dengan mematuhi asas- asas kefahaman ini, individu muslim ini akan terselamat daripada sebarang penyelewengan pemikiran dan berlaku adil kepada semua serta menilai sesuatu secara objektif dan bertepatan dengan syariat. Akan terbentuklah nanti syahsiah mu'tadilah yang dikasihi oleh Allah dan manusia.
Mafahim Tarbawiyah Tentang Takwin 2
Akan di bentangkan sejumlah perkara penting berkaitan usaha takwin tarbawi ini.
Pertama: Keperluan membangkitkan iman, memperbaharui ruh, memiliki kekuatan perasaan yang akan menjadi asas memulakan langkan dan menjamin kelansungan iltizam dengan Islam dan dakwah
- Al Banna berkata : Perkara pertama yang kita mahukan ialah ruh yang peka dan hati yang hidup serta kesedaran yang hakiki pada perasaan..... kita mahukan jiwa yang hidup, gagah dan muda, hati yang baru dan menggelojak, ghairah dan tidak dapat duduk diam serta ruh yang bercita tinggi dan melompat meneroka peluang...
- Katanya lagi...." isilah ruhnya yang membara itu dengan kemuliaan Islam dan keindahan al Quran dan aturkan ia agar bersama dalam saf tentera Muhammad SAW...
Mafahim Tarbawiyah Tentang Takwin 1

Siri 1
- Takwin Tarbawi tertegak di atas dua tunggak iaitu pertama, menghidupkan tarbiyah zatiyah( usaha sendiri) dalam setiap diri individu " kewajipan utama kita adalah beramal dalam lingkungan diri kita sediri terlebih dahulu" dan kedua,mengikuti dengan patuh tarbiyah yang diaturkan oleh jamaah berdasarkan manhaj yang disediakan melalui ikatan utuh yang disediakan iaitu usrah dan halaqah berdasarkan rukun taaruf, tafahum dan takaful, ( anda disaran memutalaah secara mendalam risalah Nizam Usrah dalam Majmu' Rasail)
- Al Banna telah memberi nama " Ikhwan Sodiqin" kepada mereka yang kuat beriltizam dengan kewajipan akh amil ( rujuk di akhir Risalah Taalim)
- Dia juga mengungkapkan " Wahai saudara muslimku! Sekarang adalah era takwin. Bentuklah diri kamu dengan Islam, kelak terbentuklah ummah ini. Ianya merupakan satu faridhah/ kewajipan yang memerlukan kamu memiliki jiwa mukmin dan hati yang bersih
7/29/2010
Adab Menasihati Pemimpin : Perlu Tidak Secara Terbuka

- Berlaku suatu peristiwa, ketika Rasulullah tidak memberikan langsung bahagian harta kepada sorang sahabat bernama Ju’ail Bin Suraqah Al Dhomiry sedangkan dia adalah salah seorang muhajirin dan mujahid, bahkan Rasulullah telah memberikan harta kepada sahabat lain (yang bukan muhajirin: Muhajirin mempunyai satus yang tinggi di kalangan sahabat). Apabila melihat keadaan ini, Saad Bin Abi Waqqas merasakan ianya satu pengabaian terhadap Ju’ail dan Saad berniat untuk menegur Rasulullah tentang perkara itu dan memberikan sokongan agar dia diberikan harta juga. Saad pergi berjumpa Rasulullah secara diam- diam ( secara sirr, tanpa menghebohkannya) : Kenapa Rasulullah tidak memberi juga kepada Ju’ail? Dia orang beriman dan muslim yang baik. Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa memberikan nasihat secara diam- diam lebih utama daripada menghebohkannya. Bahkan menjadi kewajipan jika menghebohkannya akan membawa kepada keburukan
- Usamah Bin Zaid pula , ketika dia diminta oleh sekumpulan pengikutnya agar menyampaikan keluhan mereka terhadap beberapa orang pemimpin yang mereka tidak senangi, beliau bertanya kepada mereka: Adakah kamu menyangka aku tidak menyampaikan keluhan kamu? Ketahuilah bahawa aku telah menyampaikannya tetapi secara diam- diam agar aku tidak terlibat memulakan membuka pintu fitnah
- Begitu juga dengan Abu Ma’bad Abdullah Bin Ukaim Al Juhany, salah seorang qudama’ tabieen muhdaramain ( hidup di zaman Nabi tetapi tidak bertemu Nabi . Sahabat adalah orang yang hidup dan sempat bertemu dengan Nabi) yang thiqah ketika dia melahirkan kesedihannya terhadap pembabitannya dalam peristiwa pembunuhan Saidina Othman Bin Affan. Beliau telah menzahirkan kritikannya terhadap Othman ( sedangkan kritikan itu tidak betul) dan kata- katanya itu dieksploitasi oleh musuh – musuh Islam dan akhirnya berlakulah pembunuhan yang kejam itu. Dia telah mengungkapkan kesedihanya ini dalam satu kelas tafaqquhnya di Madinah dengan kata- katanya : Aku tidak akan terlibat lagi menumpahkan darah khalifah selepas Othman. Ia amat mengejutkan murid- muridnya lalu dia membuat penjelasan: Aku merasakan dengan menyebutkan keburukan Othman ( secara terangan) telah membantu kea rah kematiannya sedangkan anaknya mengatakan bahawa ayahnya ( Abu Ma’bad) amat mengasihi Othman (Abu Ma’bad memberikan kritikan membina, bukan berniat jahat dan dengan bahasa yang lunak, bukan berbahasa secara kasar)
- Untuk kita semua, berhati- hatilah mengungkapkan apa sahaja, lunakkanlah bahasamu, sampaikan secara diam- diam kerana di kelilingmu ribuan musuh yang bakal menyambar apa sahaja yang bakal merobek perpaduanmu, keakraban ukhuwahmu dan keutuhan jamaahmu. Darah yang bakal terpercik nanti adalah darah dakwah ini. Sayangilah semua
Rujukan : Awaieq bab 12
Subscribe to:
Posts (Atom)