Halwa Telinga


2/24/2011

Tuntutan Intima' Kepada Dakwah: Mukaddimah

Di Medan Yarmuk, Jordan

Assalamualaikum.
Apabila kita memilih untuk bersama dengan dakwah Islam dan Islah ( itulah sebaik- baik pilihan) ini, bersedia untuk menyebarkannya ke mana sahaja hingga sanggup berkorban kerananya beberapa perkara perlu diberikan perhatian . Untuk menjamin intima' ini berlaku sebagaimana sepatutnya, beberapa ciri keperibadian muslim perlu di penuhi dan dihayati. Mari kita usahakan bersama:
Sepuluh perkara ini kita hayati dan amalikan bersama :
  1. Iman yang mendalam
  2. Daya juang/ iradah yang kuat
  3. Keseriusan dan himmah yang tinggi
  4. Qudwah hasanah
  5. Lemah lembut dan penyantun
  6. Kerahsiaan
  7. Kesetiaan yang berterusan
  8. Pengorbanan yang agung
  9. Keperihatinan kepada pengurusan masa
  10. Urusan kehidupan yang teratur
Perinciannya... kita hayati bersama.. bersama dengan tindakan amali... agar tidak jadi teori semata.... kekuatan dariMu Ya Rabb

Dan.... antara intima' ku kepada dakwah ini.... aku akan kembali mengaktifkan laman ini...

2/22/2011

Kembali Aktif


Assalamualaikum
Aku akan kembali aktif, insyaallah

1/14/2011

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 6


وزن المسلم بحسناته وأخطائه معا
Menilai Saudara Muslim Secara Adil: Kebaikan dan Keburukannya sekali
  1. Berlaku adillah dalam penilaian kita bila berbeza pandangan : Kebaikan semasa yang mendominasi seseorang yang terkedepan dan seorang pemimpin terdahulu yang telah berijtihad yang mempunya sejarah sumbangan bernilai yang masih kekal kebaikannya sehingga kini, peneraju kegemilangan sedia ada dan ...
  2. Merujuk kepada pengalaman berkerja berjamaie, kepimpinan seseorang itu sering terserlah kehebatannya bila berhadapan dengan suasana sangat genting yang memerlukan kefahaman mendalam dan jiwa mukmin yang bertaqwa. Ketepatan keputusannya atau sebaliknya akan merujuk kepada kehampirannya kepada perkara tersebut
  3. Contoh keadaan tersebut antaranya ialah ketika berlaku perselisihan hebat yang menjejaskan perhubungan, ketika berhadapan dengan fitnah dan penyiksaan yang hebat yang tidak akan mampu dihadapi kecuali orang yang mempunyai himmah yang tinggi, juga ketika berhadapan dengan godaan kesenangan mendapat kekayaan dan tawaran pangkat kedudukan yang tidak akan bertahan menghadapinya kecuali orang yang sentiasa merindui keindahan syurga..
  4. Adapun kesilapan kecil yang sering berlaku, dosa- dosa kecil, emosional seketika, marah sekejap, malas seketika ... merupakan perkara yang sering berlaku kepada sesiapapun dan tiada orang yang terselamat daripadanya dan neraca syara' sentiasa mengambil kira semua perkara ini dalam penilaiannya dan Allah swt juga menerima keadaan ini ketika menimbang amalan hambaNya di hari Kiamat tetapi sebahagian daripada kita melupainya sehingga melampau dalam ,menilai seseorang...
  5. Lihatlah neraca syara' ini : bersambung..

Sambungan Anwar Fitanah


Assalamualaikum
Setelah berjanji berkali2 akan mengaktifkan penulisan di entri ini, ana berazam lagi untuk kembali. Keadaan semakin mendesak pabila aku memurajaah awaieq( khasnya tajuk berbaki anwar fitanah.. semuanya ada 30 tajuk, baru empat dapat ditampilkan) dlm penerbanganku ke Istanbul.. aku dapati ianya semakin relevan... perlu ditatapi oleh kita semua khasnya anak2 kita yang masih "berjauhan" dengan ibubapa mereka... agar segera kembali ke pengkalan...
Insya Allah akan segera kuusahakan agar ianya bermula semula...
Wassalam
Black Bird Hotel.
Laleli, Istanbul

10/30/2010

Kenangan Manis di Dimyat

6695 km drp Birundi ke Ra's Barr
Di sinilah : Ra's Barr, air Sungai Nil yang tawar sepanjang 6695 km bermula di Birundi bertemu air masin di Laut Mediterranean



Tunggak dakwah dan tarbiyah di Utara Mesir






Di kebun kurma di Dimyat Jadid






10/26/2010

Jazakallahu Khairan


Assalamualaikum Wmt. Wbt



  1. Aku telah selamat sampai ke tanahair ptg sabtu lepas. Kesan mengantuk mesir juga telah hilang setelah 10 hari berada di bumi Al Banna ini. Kenangan manis bersama anak- anak tercinta terasa sangat kehilangannya. Aku mendapati mereka adalah anak- anak yang baik, berakhlak mulia, masih bersih nuraninya, tahu menghormati orang berjasa kepada mereka khasnya ibubapa, semangat yang seimbang, daya juang melebar dakwah yang tinggi, kuat bermusafir ..... semua ini pertanda baik masadepan yang gemilang untuk kita. Anak- anak muda ini tetap menjadi pewaris perjuangan kita insyaallah.

  2. Aku ingin mengucapkan rasa syukur kepadaNya kerana banyak perkara besar berjaya disempurnakan : mengulit, menjelas, menaut, mencuba menganggu, menggempur .... he he dan jalan- jalan mengimau nostalgia 80an serta menikmati keenakan to'miyah dan asir asob. Jutaan terimakasih kepada semua atas segalanya. Semoga anak- anak akan terus rajin belajar, memberikan tumpuan menguasai bahasa arab dan al quran( mempertingkat kualiti bacaan dan mempertajam hafazan) dan kuatkan kesabaran mempertahan dakwah, menyebarkannya dan dikurnia kebijaksanaan berurusan dengan berbagai jenis manusia.

10/18/2010

Berjanji tapi belum berupaya ditunai

Di Saiyyidah Zainab

Di Alex

Assalamualaikukum
  1. Ana masih di Cairo.baru lepas sarapan pagi , makan to'miyah dan ful, best giler. tapi anak- anak kat sini kurang suka. Korang belum banyak minum air sungai Nil. Lama- lama antum akan kemaruk semua ni, macam kami, para pakcik2.
  2. Kami akan cuba berhubung dgn ikhwah perwira 7 sekawan yg akan pulang ke Malaysia Khamis ni setelah menyempurna misi ke Gaza.
  3. Semalam aku bertemu dgn anak- anak / akhawat perubatan di sini ( malam sebelumnya pun jumpa juga yg lebih junior). Satu perkara yang menyentak diriku yg menyebabkan aku rasa bersalah.... ustaz.. update lah blog! Untuk anak- anak.... insyaallah... akan cuba ku tunaikan...
  4. Alhamdulillah, aku amat bersyukur kepadaNya. Banyak perkara besar berjaya disempurnakan. Dakwah kita di sini baik- baik- aje. Para ibubapa juga harus terus berdoa dan berusaha meyakinkan, anak - anak kita fitrahnya masih bersih, cuma mereka terkeliru dan masih muda. Dakwah yang benar pasti dipelihara oleh Tuannya. Kita harus terus berusaha melengkap diri... bukankah kita sudah berjanji waktu MTN baru2 ini akan menjadi Nuqaba' yang gigih dan baik... Allah pasti bersama kita.
  5. Anak- anak di sini akan mempertahankan dakwah kita, memperlengkapkan diri sebaiknya di sudut dakwah, tarbiah, penguasaan bahasa arab, ulum diniyah, quran dan kesungguhan menjelajah bumi mesir ini. Cuma ku pinta drp para pakcik2 agar kita memberikan dokongan kepada mereka. Dokongan apa... kita akan buka di Malaysia nanti.
  6. Mereka juga bakal menjadi pemimpin kepada dakwah pemuda kita di luar negara. Mereka juga akan berselerak ke serata dunia nanti... cuma tika ini sedang mempersiap diri, malancar lidah dgn al quran, melunak hati dgn rabbani.... aku amat bangga melihat mereka ketika ini.... Alhamdulillahhhhh.
  7. Tidak lupa juga para anak- anak kita di Sanaa' dan Urdun dan Madinah. Gabungan kekuatan ini akan mengindahkan dakwah yang mubarakah ini agar terlimpah ke hati2 manusia keharuman kasturi dakwah alBanna ini.
Wassalam
Cairo