Halwa Telinga


11/07/2009

Mamat.. Yang Kami Sayangi





Lagi... Suasana Desa





Tukar Mood, Seje- saje



Suasana di kampung arwah nenekku.. jom bertandang.... padi tak lama lagi nak masak.. boleh mengerat padi... menyauk anak ikan puyu dan lundu, memanggang ikan keli, menggoreng burung ayam- ayam dan tidur siang beranginkan bayu musim panen... segalanya indah... takkan kau temui di bandar besar tempat engkau mencari nafkah dan berbuat onar...

Sebak....



Tadi, seorang temanku membacakan untuk kami ayat istiqamah ( Fusshilat 24: 30- 35), bacaannya merdu, dialah qari' kami setiap kami berhimpun. Tapi, tadi... lain pula jadinya. Bacaannya tersekat- sekat..... diiringi dengan sebak dan semua yang lain tersentak dan terpaku..... lalu kami sebak bersama.... entah apa punca sebaknya, tak sanggup kutanya, tapi yang kutahu sebakku sendiri, daripada mana puncanya.

Baru sesaat berlalu, dia menyingkap jiwanya bergelodak tadi pagi, teringat teman yang telah pergi... yang pergi membawa istiqamah bersamanya. Istiqamah adalah kafannya. Rupanya kami serupa.. semua teringatkan si dia.

Dia pergi menjinjing istiqamah. Insan itu amat kukagumi... semoga kita juga sepertinya... menggenggam bara api perjuangan , walaupun hatinya terbakar hangus dek sengketa tak bersebab, terus dipegang jua hingga ke akhir nyawanya. Cuba kau bayangkan, betapa deritanya jiwanya seketika... meninggalkan dunia ini, temannya masih begitu.... tapi aku yakin, insyaallah penyudah nafasnya berbaur kecewa dan gembira, walau apa yang berlaku.... aku tetap istiqamah dan berusaha..... aku masih teringat, wajah akhirnya, setelah sejuk kaku.. ia tetap manis.. semanis wajah orang Sudan...

Yang hidup harus terus berjuang, menapak di tapak pejuang, agar kesudahan nanti seperti kesudahan pejuang. Aku teringat si Qutub pernah berkata... sesiapa yang ingin mati sebagai muslim... harus sentiasa islam dalam sepanjang detik hidupnya... أن يكون مسلما في جميع اللحظات من حياته

Fenomena Fitnah 1


Merchang, Trg

Ambilan drp blog teman baikku...


Siri I : Ciri-ciri Fitnah

  1. Firman Alah swt: Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji?" (Al-`Ankabut: 2) Firman Allah di dalam hadis qudsi: Maksudnya: "Maka denganku aku bersumpah..., bahawa aku akan memberikan kepada mereka fitnah yang menjadikan orang yang baik menjadi bingung." Sesungguhnya penyakit umat dan nikmat ini ialah kerana kedapatan golongan yang suka mengaib dan mencela. Mereka memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu suka, tetapi mereka memendamkan apa yang kamu benci. (Uthman bin Affan) Sesiapa yang mahu memohon perlindungan, hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah Taala daripada fitnah yang merumitkan. (Abdullah bin Mas`ud)
  2. Fitnah ialah pembakar hati dan pemusnah iman. Dengannya akan ternyata siapa yang benar dan siapa yang dusta. (Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah) Pengkajian tentang problem-problem dakwah yang merumitkan serta mencari jalan penyelesaiannya semakin perlu dari hari ke hari. Berkemungkinan salah satu daripada problem tersebut ialah permasalahan fitnah di dalam sesebuah jamaah Islam, serta rentetan daripada permasalahan tersebut seperti fitnah yang menyebabkan kelemahan saf dan ketergendalaan amal, di samping tercetusnya klik-klik dan perkumpulan-perkumpulan dalaman yang boleh memudharatkan jamaah. Situasi jamaah yang mendapat sokongan dan dokongan yang semakin meluas juga merupakan salah satu elemen yang menambahkan lagi keperluan untuk berbicara tentang tajuk ini.
  3. Fitnah juga merupakan satu harga yang mesti dibayar oleh setiap kebangkitan yang berlaku, sebagaimana ia juga timbul seiring dengan penubuhan beberapa tanzim yang baru bagi jamaah di beberapa buah negara, di samping ia juga ketara berlaku ketika jamaah hampir mencapai kejayaan mendaulatkan Islam. Sebenarnya semata-mata mengadakan pengkajian sahaja tidak memadai bagi menangani permalasahan fitnah, kerana ia memerlukan supaya diadakan beberapa muktamar khusus, dialog-dialog yang terperinci sehingga melahirkan perancangan dan resolusi yang sesuai dengan realiti bagi menangani permasalahan ini dengan penuh kemampuan dan subjektif. Meskipun demikian, ini tidaklah menghalang inisiatif peribadi yang diambil yang berkemungkinan boleh mempersembahkan cadangan-cadangan penyelesaian, di samping menjadi jalan pintas dan sebagai penyedia kepada resolusi-resolusi dan perancangan-perancangan yang bakal diambil.
  4. Tulisan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada tulisan-tulisan berkenaan permasalahan dakwah secara menyeluruh yang ditulis oleh beberapa orang individu dari Ikhwan yang menggunakan metodologi penulisan yang sama, dan tajuk-tajuk yang diperbincangkan saling mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Oleh kerana penantian sehingga keseluruhan tajuk-tajuk mengenainya selesai supaya dapat diterbitkan serentak memerlukan waktu yang panjang, sedangkan apa yang sudah siap ditulis tidak wajar untuk tidak dimanfaatkan segera, maka ia perlu diterbitkan untuk diambil faedah. Di antara tajuk yang sudah diterbitkan ialah: al-Mu`llaqah al-hadiyat al-`ashrah (Mu`allaqah yang kesebelas), Fitnah di dalam kehidupan da`i (kedua-duanya disiarkan di dalam majallah al-`Ain), Golongan yang gugur di jalan dakwah yang ditulis oleh al-Ustaz Fathi Yakan, dan beberapa himpunan makalah yang mempunyai pendekatan, uslub dan metod yang berbeza.
  5. Sekalipun penghasilan tulisan-tulisan ini adalah bersifat individu, tetapi dialog-dialog yang sentiasa diadakan dan pemerhatian yang mendalam terhadap kitab-kitab turath (lama), juga terhadap pengalaman-pengalaman tamadun manusia, menjadikan usaha-usaha ini lebih hampir kepada pandangan kolektif (jama`i) yang lebih releven dengan realiti daripada sifat keindividuannya.
  6. Tulisan ini -bersama dua lagi tulisan penulis yang lain- mempunyai uslub yang sama. Dua lagi tulisan itu bertajuk "al-Futur dalam jamaah Islam" dan "Dhaif dan orang-orang yang dhaif". Adalah diharapkan agar himpunan tulisan-tulisan ini akan membentuk satu teori pandangan dakwah yang boleh merawat dan menangani permasalahan yang membantutkan perjalanan harakah Islamiah masakini.
  7. Perbicaraan tentang fitnah bukanlah suatu perbincangan yang menggembirakan, bahkan menjadi salah satu tunjang tarbiah dan kehendak sifat adil adalah tidak memperbanyakkan perbincangan tentangnya. Tetapi perbincangan tentangnya yang dilakukan oleh tulisan ini adalah diperlukan bagi maslahah yang lebih penting. Maka ia hanya dilakukan kerana keperluan kepadanya.
  8. Pemikiran tentang fitnah ini seringkali mengganggu fikiran para da`i dan qiadah, sehingga kesakitan-kesakitan yang dialami pada siang hari bertukar menjadi hembusan-hembusan dukacita di malam hari. Begitu juga mimpi-mimpi pada malam hari bertukar menjadi faktor penyumbang kepada kebimbangan. Perkara ini mendorong saya untuk segera menyiarkan tulisan ini. Perlu diingatkan, bahawa penulis merasa amat sukar untuk membincangkan tentang perkara ini, kerana bimbang ia adalah natijah daripada perasaan hawa nafsu dalaman yang terpendam yang tidak dirasai sejak sekian lama, kemudian diluahkan dalam bentuk pandangan terhadap permasalahan dakwah. Atau natijah daripada perselisihan peribadi, kemudian ia bertukar menjadi hasutan syaitan supaya mengeluarkan kritikan tajam atau sindiran yang melukakan hati.
  9. Penulis juga merasa bimbang, jika ketika tulisan ini cuba membangkitkan fenomena beberapa individu, tetapi dengan kepintaran penulisan, akan menyebabkan ia kelihatan sebagai fenomena yang menyeluruh lalu melukakan hati sesetengah golongan dan mengeruhkan kejernihan jiwa. Atau tulisan ini menjadi pelarian daripada sensitiviti keterlaluan yang diakibatkan oleh kecintaan kepada diri serta perasaan takabbur, lalu diterjemahkan kepada beberapa teori yang boleh mengeruhkan kesucian orang-orang yang tidak bersalah. Atau ia menjadi cara untuk mencari-cari kesilapan orang lain, di samping kemungkinan ianya bercampur dengan keinginan mendapat nama, atau mengelak daripada celaan. Kesemua ini mungkin menjadi tempat persembunyian bagi hati-hati yang letih, atau fikiran yang tenat.
  10. Oleh kerana itu, amat perlu agar perbincangan ini dilakukan dengan penuh hati-hati dan dengan pemikiran yang mendalam, di samping bersandarkan kepada beberapa petunjuk sejarah dakwah dan beberapa pandangan hasil dialog yang diadakan dengan qiadah. Ia juga bersandarkan percubaan untuk menggali simpanan khazanah silam dan diselaraskan dengan realiti kehidupan seharian. Tidak kurang pentingnya juga ialah beberapa nas syariat dan kaedah fikah, serta disempurnakan lagi bahkan dimulakan dengan harapan kepada Allah agar memberikan taufiq dan kebenaran kepada hikmat. Saya juga berdoa agar Allah menganugerahkan kesatuan saf dan niat yang benar dengan kurniaan dan kemuliaan-Nya. Sesungguhnya Allah amat hampir lagi mengabulkan permintaan.

Bersambung ... Siri II : Pengertian Fitnah

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 2 -2

sambungan.....

  1. Al Banna pernah menegaskan bahawa " sesungguhnya ikhlas itu adalah asas kejayaan dan di tanganNya ketentuan segala sesuatu. Ketahuilah bahawa generasi terdahulu telah berjaya kerana memiliki kekuatan iman dan kesucian ruh, bersihnya jiwa dan nurani. Amalan mereka didasari oleh aqidah dan keyakinan dan mereka memastikan segalanya menepati neraaca aqidah sehingga bercampur sebatilah antara aqidah dan jiwa mereka lalu mereka adalah fikrah dan fikrah adalah mereka.... jika begitulah keadaan kamu, fikirkanlah baik- baik, Dia akan mengilhamkan kewarasan dan ketepatan kepada kamu, berkerjalah.. Dia akan menganugerahkan kepada kamu keupayaan dan kejayaan.... adapun jika ada di kalangan kamu orang yang "sakit" hatinya, matlamatnya boleh dicurigai, tersembunyi ketamakananya, tercarik sejarah zaman silamnya.... keluarkan mereka dari safmu kerana mereka ini bakal menjadi penghalang turunnya rahmat kepadamu dan tersasar keberkatan dari padang permainanmu ... وإن كان فيكم مريض القلب, معلول الغاية, مستور المطامع, مجروح الماضي, فأخرجوه من بينكم, فإنه حاجز للرحمة, حائل دون التوفيق
  2. .... Amatilah sejarah, pabila kita tidak bertegas dengan "syurut" kita ketika menghimpun pengikut.. terhalangnya banyak rahmat buat kita: asik tidak menang- menang, masih belum berkuasa, hilangnya keharmunian dan kedamaian atau terburainya kesatuan dan keakraban. Seringkali punca kerencatan amal merujuk kepada kumpulan " ahli Syawaib" yang masih didokongi oleh kita, akibat kebendulan dan kealpaan kita
  3. Dahulu, Ibnul Jauzi pernah berkata" Sesungguhnya orang yang tidak ikhlas pasti akan terencat langkah perjalanannya: إنما يتعثر من لم يخلص
  4. Walaupun ungkapan ini zahirnya membawa makna individu, ianya juga sesuai untuk kelompok sejenis perangai. Kelompok kecil yang mempunyai "penyakit" yang sama mampu menjejaskan keutuhan kelompok besar keseluruhannya : Jika sesorang daie itu dijangkiti penyakit Riya', ia akan menjejaskan perjalanan kelompok keseluruhannya lalu bertambahlah mereka yang dijangkiti dalam kelompok itu... mereka perlu membersihkan diri dengan bertaubat atau.... kita bersihkan kelompok ini dari angkara mereka dengan mengeluarkan mereka dari kelompok ini. .... حتى يتخلص منه بتوبة أو نتخلص منه بإبعاد
bersambung....

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 4


Harap bersabar... sedang menyudahkan nur ke 3....... soba jang!