Halwa Telinga


12/05/2009

Jangan Tel HP Saya!


Phnom Penh Dec 2008 : Lawatan Yang Amat Memeritkan

Assalamauaklaikum

Aku akan berada di luar negara atas urusan kerja mulai 9- 20 Dec 2009. Korang jangan tel saya waktu tu , nanti teruk bil/ kredit antum. Tapi masih boleh dihubungi via email : haris@wamy.my , abdharis_64@yahoo.com. Ada kesempatan di luar negara, akan ku coretkan nanti

12/04/2009

Qurban 1430 H



Anak- anak berlian kami sedang melapah lembu pertama. Solid lapahan orang muda...

Tahun depan korang pula sembelih....
Tahun ni 7 ekor aku sembelih... letih betul dan jari ibu kakiku cedera, masih belum sembuh lagi..

Assalamualaikum
Syukur, program korban kami di WAMY Malaysia telah berjaya disempurnakan. Tahun ini kami diamanahkan menguruskan penyembelihan 29 ekor lembu. Hanya 8 ekor kami sempurnakannya di pejabat WAMY Malaysia, bakinya kami agih- agihkan ke serata Malaysia.

Aku berbangga kerana korban yang dijayakan, disempurnakan oleh para anak berlian kami, pemuda / pelajar universiti dari kalangan pelajar warga Malaysia dan warga pelajar antarabangsa dan juga saudara- saudara baru yang bernaung di bawah seliaan jiran kami ABIM Outreach. Kami secara sengaja memberi laluan kepada mereka untuk menimba pengalaman dan menghayati hakikat qurban. Cuma mereka belum berani nak sembelih lembu lagi. Tahun hadapan, insyaallah aku akan paksa mereka mencuba.

Kepada yang sudi membantu, semoga Dia mengganjarimu. Amieen

11/26/2009

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 5

التقوي في الغضب الهاجم
Perlu bertaqwa ketika Marah Memuncak

  1. Talq Bin Habib pernah berkata ketika dia melihat berlakunya fitnah : Bentengilah dirimu dengan taqwa yakni tidak akan berkata kecuali yang benar sahaja. إتقوها بالتقوى
  2. Bakr Bin Ubaidillah Al Muzanni berpesan kepada mereka yang ingin memiliki kualiti akhlak yang tinggi : Seseorang itu tidak akan menjadi seorang yang benar- benar bertaqwa sehinggalah dia bertaqwa dalam permakanan dan kawalan marahnya
  3. Para duat amat perlu memiliki tahap kawalan marah yang tinggi dan hanya kerana Allah dan cubalah mencontohi Imam Ahmad Bin Hanbal yang hanya akan marah kerana Allah dan tidak kerana dirinya dan tidak akan memenangkan dirinya. Jika ianya berkaitan agama, dia akan menjadi tersangat marah sehingga dilihat bukan seperti Imam Ahmad yang biasa dikenali
  4. Bentuk kawalan ini dapat dilihat melalui keupayaan mengekang lidah daripada mengungkap apa sahaja tanpa perkiraan agar dia tidak tersalah menuduh orang tak bersalah atau berhujjah dengan sandaran yang rapuh dan bersifat sangkaan kosong atau memperkecilkan keupayaan dan kefahaman orang lain hinggalah..... ramai orang yang baik akan terluka dan terasa terhina. Oleh itu pengalaman mengajarkan keperluan memilih kata- kata yang baik dalam berbicara dan berhati- hati ketika berhujjah... itulah insan yang wara'. Jarang juga kita temui orang menggunakan tangan dan kaki untuk menyakiti orang lain. Cukup sekadar berbahasa secara kesat dan bermegah- megah, sudah memadai untuk melukakan orang lain.
  5. Omar Bin Al Khattab pernah berkata : Jangan kamu terpesona dengan ucapan yang berdegang- degang, tetapi sesiapa yang mampu menunaikan amanah dan mengelak daripada memperihalkan maruah orang lain, itulah sebenarnya orang yang hebat.
  6. Yunus Bin 'Ubaid pernah berkata : Kamu akan tahu kewarakan seseorang itu melalui tutur katanya dan akhirnya Rasul pernah berkata " Muslim sebenar ialah muslim yang tidak menyakiti muslim lain melalui tutur kata dan tindakan tangannya.
  7. Untuk itu , tingkatkan kewarakanmu melalui pemilihan kata- kata yang baik ketika berbicara, hormatilah orang lain dan berfikirlah secara waras ketika marah

11/25/2009

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 4

تغليب نفسية التغافر
Dominasi Jiwa Pemaaf
  1. Ibnu Sammak, pembimbing Khalifah Harun Al Rasyid, pada satu ketika telah berselisih pendapat dengan kawannya yang menyebabkan mereka telah bertemu untuk " menyelesaikannya". Ditakdirkan pertemuan itu belum memuaskan hati kawannya dan perlu disambung ke esokan harinya. Kawannya berkata mengancam: Esok kita sambung dan selesaikan betul- betul. Aku masih tak puas hati.... tetapi Ibnu Sammak yang arif tentang jiwa manusia dan sedih melihat perpecahan terus berlaku, telah menjawab: Tak pe, eloklah esok kita saling bermaafan dan mencari jalan penyelesaian yang baik.
  2. Sepatutnya ketika bersalaman, jiwa mukmin itu sentiasa mendoakan agar dirinya dan saudaranya itu diampunkan Ilahi....dan sebenarnya, di benak hatinya dia berkata: aku telah memaafkan kekasaranmu terhadapku ... kerana berterusan menyimpan dendam dan amarah pasti mengundang terbitnya berbagai fitnah lain di samping menyimbah minyak ke atas api fitnah sedia ada.
  3. Daripada berterusan menggunungkan api permusuhan, membenci saudara seagama dan melebal busuk, buruk, huduh, tak asolah... bla bla bla... ikut mu Lah... sedangkan memaaf, berlapang dada dan mengiktiraf ada juga kebaikan pada orang lain itu lebih awla dan lebih dekat kepada hatibudi mukmin إن التغافر خير SALING MEMAAF ITU LEBIH BAIK
  4. Kalau diselidiki sejarah berundurnya sesetengah duat dari medan juang jamaie, seringkali sebabnya merujuk kepada : 1. Keterlanjuran kata- kata atau kesilapan tindak tanduk yang tidak diberi ruang maaf, sedangkan kemaafan itu amat mudah diberikan atau 2. Sangkaan- sangkaan berlaku ketidak adilan atau kecuaian terhadap dirinya tanpa ada usaha untuk bertanya, merisik khabar sebenar, memahami situasi semasa atau meminta justifikasi atas apa yang berlaku..
  5. Jika kerumitan ini diselesaikan dengan bahasa yang lunak dan tidak berapi-api, pasti ianya membuahkan hasil yang disenangi dan dia pasti diingati sebagai insan yang mulia, tinggi budi bahasa dan baik tuturkata. Seorang penyair mengungkapkan penghargaannya terhadap teman yang menegur kesilapannya :Engkau telah menegur membetulkan kesilapanku tetapi betulkah engkau menegurku? Bahasamu amat lunak dan berhemah hingga aku keliru, adakah itu teguran atau ungkapan galakan dan ransangan kekuatan
  6. Ianya menjadi lebih baik jika proses teguran dan pembaikan itu dimulai dengan bukaan ruang untuk menyatakan sebab dan alasan sehingga dia amat yakin majlis itu sebenarnya bukanlah episod menghentam dan membelasah, tetapi satu majlis indah yang penuh dengan kasih sayang dan ruang lebar untuk kemaafan hingga... tiada ruang langsung untuk syaitan menyelit dan menyeludup masuk jarum domba dan godaan jahatnya, tiada rasa langsung dia akan dipulau atau disisihkan.
  7. Seterusnya ianya semakin harmonis dan imani jika akhirnya disudahi dengan senyuman dan ungkapan- ungkapan penyelesaian yang mesra dan menggembirakan... tujuan utama segalanya adalah kemaslahatan dakwah dan Islam, kesilapan itu seringkali berlaku dari sesiapapun: dia atau dia ataupun dia
  8. Inilah sebenarnya ukhuwwah Islamiah yang mendasari perhubungan penggerak dakwah.. alangkah indahnya bahtera ini, dihuni oleh hati- hati yang mulia, tiada bangga diri dan melihat orang lain kecil dan jahil. Kesediaan memberi kemaafan atau mendengar penghujahan atau ungkapan penyesalan amat mendasari sikap dan amalan penumpang bahtera ini kerana DIA itu amat Pengasih dan Pemaaf . Kenapa ini berlaku...? Bagiku kerana mereka ini adalah BERLIAN, tetapi ... sesiapa yang enggan berbudi seperti mereka ini... silalah terjun ke laut dalam ( banyak jerung menunggumu) atau kita campakkan sahaja ke laut, buat onar je atas kapal ini.... takpe, mereka pandai berenang, banyak perahu kecil di sekitar
tamat... dan menunggumu Nur ke 5 : Lazimi Taqwa Ketika Marah Menggunung Tinggi

انوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 3-2


sambungan...
  1. Khalifah Omar Bin Abd Aziz mengarahkan pembantunya , Muzahim agar sentiasa memerhatikan tingkahlaku dan tutur katanya, mana yang tak kene dan tak sesuai, baikilah atau halanglah ia daripada berterusan begitu.
  2. Maimun Bin Mahraan pernah berkata kepada sekumpulan sahabatnya : Beritahulah aku sesuatu yang kamu jangka aku tidak suka mengetahuinya kerana seorang sahabat itu sebenarnya belum lagi menasihati saudaranya sehinggalah dia menegur berdepan sesuatu yang sahabatnya tidak suka mengetahuinya.
  3. Atau .... engkau telah membiarkan berlonggoknya timbunan keaibannya. Segeralah mengesan bibit- bibit fitnah dengan keikhlasan dan kesediaan yang tinggi untuk mendengar dan menerima teguran sayang daripada sahabatmu... kerana sahabat sebenar ialah mereka yang enggan membenarkan saudaranya berterusan menggunungkan aib dan noda.
  4. Nanti... akhirnya fitnah akan lenyap dan lunyai... dan mereka yang berpegang kepada kebenaran dan syar'ieyyah ( yg berotoriti) akan beroleh ganjaran lumayan... itulah yang kita fahami dan genggami .. tamat
* Nur 1 : Isti'azah, Nur 2: Ikhlas, Nur 3: Saling Menasihati

Salam Eid Adha


Salam Eid Al Adha kuucapkan buat semua, semua sekali, belako, semoga semuanya diampunkanNya. jangan lupa Puasa Arafah esok, Khamis. Kullu 'Aamin Wa Antum Bi Khair

Selamat Hari Lahir

Muhammad Aiman ( umur belum setahun)

Gambar terkini

Selamat Hari Lahir Untuk Muhammad Aiman (27 Nov 2003) dan....



Ahmad Hasanain ( 28 Nov 1996). Semoga berjaya di dunia dan akhirat