Halwa Telinga


1/17/2010

Tempat Berteduh Anak- anak Berlian!


Assalamualaikum
Sekadar mengaktif blogku ini setelah sekian lama menyepi... agak sibuuuuuuuuuk akhir- akhir ini... dan aku menyeru... mari bertandang dan berteduh di teratak kami ini... banyak permainan yang menggembirakan ada di sini... he he

12/28/2009

Perjalanan Pulang Dll.




Semasa aku transit di Airport Doha dalam perjalanan pulang ke Malaysia, aku melihat orang- orang syiah drp Iran yang solat dengan sujud di atas batu Karbala ( gambar). Tanah di bumi Karbala sangat suci bagi mereka, bumi di mana darah Saidina Husin Bin Ali ditumpahkan. Antum akan biasa melihat suasana ini di Airport Doha dan Bahrain, airport lain aku tak pernah singgah

Memperkenalkan.... Mohammad Aiman Al Yamani, he he he

Dan bekas setiausahaku selamat di ijab qabulkan... semoga mereka berdua berbahagia dan semakin semarak a'taa' dakwi mereka ( hasilan dakwah)

12/25/2009

Lagi di San'aa




Di sinilah dahulu lokasi Gereja Versi Abrahah. Dia mahu orang berkumpul di situ dan irihati dengan kebanjiran orang mengunjungi Kaabah di Mekah. Sekarang, sekadar tinggal sejarah dan menjadi tempat tidak bermakna dan longgokan sampah.

Begitulah nanti akhiran hidup semua yang batil, semua yang palsu, semua yang bukan haq. Semoga kamu tidak menjadi salah satu huruf yang menyempurnakan artikel batil dan palsu dan nanti kamu juga akan terperosok dalam gaung peninggalan Abrahah di Bab Yaman ini

Semasa di San'aa

Di dalam masjid utama di Bab Yaman
Makan tengahari nasi mandy dgn Syeikh Norsyazle. Maaf.. terminum coca cola
Dgn Syeikh Ikrimah El Yamany

Gambar tentang Gat :Tanpa Komen





12/21/2009

Selamat Kembali

Di Pasar Gat ( makanan kegemaran sebahagian besar lelaki Yaman, ibarat sireh di Malaysia) makanan yang tak baik diamalkan oleh mereka tapi dah jadi adat... aku tak suka tengok mereka... geliee)

Assalamualaikum
  1. Aku telah selamat kembali ke Malaysia setelah perjalanan 12 hari yang panjang. Aku bersyukur , sepanjang laluan ini, semuanya berjalan dengan baik dan membuahkan hasil yang memberansangkan tak kira di Istanbul, Cairo dan San'aa. Semuanya adalah dengan IzinNya jua. Semoga perjalanan ini diberkati
  2. Aku mengucapkan JKK kepada semua, di sini dan di sana. Anak- anak dan teman- teman di Cairo yang setia dan gagah, semoga mereka baik- baik aja. Juga anak- anak dan teman di San'aa, teruskan perjuangan menjadi ulama' 'amilin. Kutinggalkan mereka dengan penuh harapan agar jadi insan mulia, muttaqin dan "amilin" satu hari kelak.
  3. Kepada mereka yang beghrepek ( sering bersama) denganku sepanjang musafir ini, JKK sekali lagi. Taaruf ini amat bermakna bagiku. Maaf atas keterlanjuranku bersama antum khasnya yang kena " belasah" olehku.
  4. Akan kucoretkan rehlah ke Yaman ini tidak lama lagi. Sekarang kena lihat kerja2 opis yang kutinggalkan selama 12 hari ini. JKK kpd semuan rakan sepasukanku yang menjaga amanah kerja sepeninggalanku, yg diketuai oleh Abu Hannan.

12/14/2009

Salam Dari Kaherah 2

Roti Arab @ 'ieysh baru keluar dapur.....

Baru keluar drp furun/ oven

Jom minum 'asyir mangga.. sedap giler


Ke Makam Imam Muassis

Assalamualaikum
  1. Kami sarapan pagi dengan baki nasi dan gulai kambing yang aku masak malam tadi. Semalam kami masak kari leher kambing biri- biri. Januari lalu semasa di sini, kami juga masak kari, tapi kari daging anak lembu/ batello. Cuma aku belum dapat makan ikan masin lagi, Insyaallah di San'aa nanti lah kot.
  2. Aku nak merayap lagi ke Atabah jap lagi. Jom join dan..... tasbih kayu koka kat sini murah yop!
  3. Jumpa di San'aa besok... bestnya jumpa anak2 tersayang... ikrimah, ubadah, rifaah, anas, hazim, baihaqi, A'nal, dua beradik tu ( dan nak jadi 3), usaid dan .... hard qore muassisin di Iman dan pakcik Hasbullah dan lain- lain yg bakal ku kenali