Halwa Telinga
4/10/2010
3/28/2010
Muncul Semula

Assalamualaikum.
- Setelah sekian lama menyepi, dek kerana kekangan kerja yang berganda, walaupun berbagai perkara berlaku, yang perlu kepada ungkapan dan penilaian, untuk diberi erti, dipelajari, diceritakan kepada yang perlu dan yang sudi lalu ...... semua yang berlaku menjadi 'ibrah kepada Ulil Albab.
- Aku bercadang ( dengan tekad yang lebih gagah serta ingatan berterusan daripada teman semua agar jangan terlalu lama menyepi) untuk aktif semula, menulis semula, menggasak semula, melunak dan membelai semula khasnya untuk anak- anak belianku... aku tak pernah lupa kepada kamu semua... terasa rindu juga kepada kamu semua.. doa antum .... agar tercapai... salam.....
- Sekadar IKLAN :Sesiapa lepasan SPM(lelaki) nak belajar ke YAMAN, boleh hubungi haris@wamy.my dan kami masih mencari calun Setiausaha WAMY, kreteria utama... mahir berbahasa Arab( sila lihat di atas..)
1/17/2010
Tempat Berteduh Anak- anak Berlian!
12/28/2009
Perjalanan Pulang Dll.
Semasa aku transit di Airport Doha dalam perjalanan pulang ke Malaysia, aku melihat orang- orang syiah drp Iran yang solat dengan sujud di atas batu Karbala ( gambar). Tanah di bumi Karbala sangat suci bagi mereka, bumi di mana darah Saidina Husin Bin Ali ditumpahkan. Antum akan biasa melihat suasana ini di Airport Doha dan Bahrain, airport lain aku tak pernah singgah
12/25/2009
Lagi di San'aa
Di sinilah dahulu lokasi Gereja Versi Abrahah. Dia mahu orang berkumpul di situ dan irihati dengan kebanjiran orang mengunjungi Kaabah di Mekah. Sekarang, sekadar tinggal sejarah dan menjadi tempat tidak bermakna dan longgokan sampah.
Begitulah nanti akhiran hidup semua yang batil, semua yang palsu, semua yang bukan haq. Semoga kamu tidak menjadi salah satu huruf yang menyempurnakan artikel batil dan palsu dan nanti kamu juga akan terperosok dalam gaung peninggalan Abrahah di Bab Yaman ini
Semasa di San'aa
Subscribe to:
Posts (Atom)
