Halwa Telinga


9/01/2010

Mafahim Tarbawiyah Tentang Takwin 3

2. Kepentingan kefahaman yang syumul dan saheh tentang dakwah

  1. Untuk menjayakannya, Al Banna telah menggariskan kefahaman yang saheh ini dalam tulisannya " Usul Isyreen", usul 20. Diungkapkan di sana asas- asas utama ke arah membina kefahaman yang betul tentang Islam dan dakwah yang semuanya di rujuk kepada al Quran dan as Sunnah
  2. Dengan mematuhi asas- asas kefahaman ini, individu muslim ini akan terselamat daripada sebarang penyelewengan pemikiran dan berlaku adil kepada semua serta menilai sesuatu secara objektif dan bertepatan dengan syariat. Akan terbentuklah nanti syahsiah mu'tadilah yang dikasihi oleh Allah dan manusia.

Mafahim Tarbawiyah Tentang Takwin 2

Akan di bentangkan sejumlah perkara penting berkaitan usaha takwin tarbawi ini.

Pertama: Keperluan membangkitkan iman, memperbaharui ruh, memiliki kekuatan perasaan yang akan menjadi asas memulakan langkan dan menjamin kelansungan iltizam dengan Islam dan dakwah
  1. Al Banna berkata : Perkara pertama yang kita mahukan ialah ruh yang peka dan hati yang hidup serta kesedaran yang hakiki pada perasaan..... kita mahukan jiwa yang hidup, gagah dan muda, hati yang baru dan menggelojak, ghairah dan tidak dapat duduk diam serta ruh yang bercita tinggi dan melompat meneroka peluang...
  2. Katanya lagi...." isilah ruhnya yang membara itu dengan kemuliaan Islam dan keindahan al Quran dan aturkan ia agar bersama dalam saf tentera Muhammad SAW...

Mafahim Tarbawiyah Tentang Takwin 1


Siri 1

  1. Takwin Tarbawi tertegak di atas dua tunggak iaitu pertama, menghidupkan tarbiyah zatiyah( usaha sendiri) dalam setiap diri individu " kewajipan utama kita adalah beramal dalam lingkungan diri kita sediri terlebih dahulu" dan kedua,mengikuti dengan patuh tarbiyah yang diaturkan oleh jamaah berdasarkan manhaj yang disediakan melalui ikatan utuh yang disediakan iaitu usrah dan halaqah berdasarkan rukun taaruf, tafahum dan takaful, ( anda disaran memutalaah secara mendalam risalah Nizam Usrah dalam Majmu' Rasail)
  2. Al Banna telah memberi nama " Ikhwan Sodiqin" kepada mereka yang kuat beriltizam dengan kewajipan akh amil ( rujuk di akhir Risalah Taalim)
  3. Dia juga mengungkapkan " Wahai saudara muslimku! Sekarang adalah era takwin. Bentuklah diri kamu dengan Islam, kelak terbentuklah ummah ini. Ianya merupakan satu faridhah/ kewajipan yang memerlukan kamu memiliki jiwa mukmin dan hati yang bersih

7/29/2010

Adab Menasihati Pemimpin : Perlu Tidak Secara Terbuka


  1. Berlaku suatu peristiwa, ketika Rasulullah tidak memberikan langsung bahagian harta kepada sorang sahabat bernama Ju’ail Bin Suraqah Al Dhomiry sedangkan dia adalah salah seorang muhajirin dan mujahid, bahkan Rasulullah telah memberikan harta kepada sahabat lain (yang bukan muhajirin: Muhajirin mempunyai satus yang tinggi di kalangan sahabat). Apabila melihat keadaan ini, Saad Bin Abi Waqqas merasakan ianya satu pengabaian terhadap Ju’ail dan Saad berniat untuk menegur Rasulullah tentang perkara itu dan memberikan sokongan agar dia diberikan harta juga. Saad pergi berjumpa Rasulullah secara diam- diam ( secara sirr, tanpa menghebohkannya) : Kenapa Rasulullah tidak memberi juga kepada Ju’ail? Dia orang beriman dan muslim yang baik. Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa memberikan nasihat secara diam- diam lebih utama daripada menghebohkannya. Bahkan menjadi kewajipan jika menghebohkannya akan membawa kepada keburukan
  2. Usamah Bin Zaid pula , ketika dia diminta oleh sekumpulan pengikutnya agar menyampaikan keluhan mereka terhadap beberapa orang pemimpin yang mereka tidak senangi, beliau bertanya kepada mereka: Adakah kamu menyangka aku tidak menyampaikan keluhan kamu? Ketahuilah bahawa aku telah menyampaikannya tetapi secara diam- diam agar aku tidak terlibat memulakan membuka pintu fitnah
  3. Begitu juga dengan Abu Ma’bad Abdullah Bin Ukaim Al Juhany, salah seorang qudama’ tabieen muhdaramain ( hidup di zaman Nabi tetapi tidak bertemu Nabi . Sahabat adalah orang yang hidup dan sempat bertemu dengan Nabi) yang thiqah ketika dia melahirkan kesedihannya terhadap pembabitannya dalam peristiwa pembunuhan Saidina Othman Bin Affan. Beliau telah menzahirkan kritikannya terhadap Othman ( sedangkan kritikan itu tidak betul) dan kata- katanya itu dieksploitasi oleh musuh – musuh Islam dan akhirnya berlakulah pembunuhan yang kejam itu. Dia telah mengungkapkan kesedihanya ini dalam satu kelas tafaqquhnya di Madinah dengan kata- katanya : Aku tidak akan terlibat lagi menumpahkan darah khalifah selepas Othman. Ia amat mengejutkan murid- muridnya lalu dia membuat penjelasan: Aku merasakan dengan menyebutkan keburukan Othman ( secara terangan) telah membantu kea rah kematiannya sedangkan anaknya mengatakan bahawa ayahnya ( Abu Ma’bad) amat mengasihi Othman (Abu Ma’bad memberikan kritikan membina, bukan berniat jahat dan dengan bahasa yang lunak, bukan berbahasa secara kasar)
  4. Untuk kita semua, berhati- hatilah mengungkapkan apa sahaja, lunakkanlah bahasamu, sampaikan secara diam- diam kerana di kelilingmu ribuan musuh yang bakal menyambar apa sahaja yang bakal merobek perpaduanmu, keakraban ukhuwahmu dan keutuhan jamaahmu. Darah yang bakal terpercik nanti adalah darah dakwah ini. Sayangilah semua

Rujukan : Awaieq bab 12

5/05/2010

Bicara Tentang Muntalaq


Kami menyertai satu acara... mereka berbicara tentang Muntalaq.... agar fungsi dakwah dan tarbiah dipacu laju bak roket menerjah langit.. lalu diulas isu "Muntalaq"

Satu masa dahulu.. kerancakan dakwah Musa as terhalang dek gangguan "uqdah" di lidahnya ( tidak fasih berbicara dengan orang lain hingga perlu bantuan Harun( dia lebih fasih berbicara dengan Firaun) lalu Musa berdoa: Rabbish Rahli Sodri....

Mungkin halangan kini semakin berbagai... halangan nafsu, jawatan, kesibukan kerja, keluarga( anak dan isteri) dll . Amat perlu bebaskan diri daripada simpulan syaitan ini agar kita terus selamat ketika melalui setiap liku kehidupan. Apa juga permasalahan merupakan ujian untuk dilihat siapakah paling bijak menyesuaikan diri hingga sentiasa berjaya pada setiap kali ujian.

Untuk berjaya, semua mestilah ikhlas, faham dan berhemah dalam hidup ... dan aku menganjurkan agar teman- teman terus mengingkatkan kefahaman dan membaca sejarah pertembungan nafsu dengan dakwaan kepentingan dakwah yang sering mengorbankan jagoh dan heronya serta heroinnya. Tipu daya syaitan dalam bab ini sering mengelirukan dan ramai yang terperangkap.. insyaallah orang yang tenang dan berhemah sering selamat.

Kalau teman sering mengamati tulisanku.. aku sering dihantui isu keperluan berhemah dalam tutur kata dan kelakuan hidup dan jangan tertipu dek kepetahan dan dakwaan semata @ cakap berdegang2.. kelak ku singkapkan kesah hantu ini.. hu hu

Alhamdulillah Alas Salamah

Alhamdulillah aku dan teman telah selamat keluar dari kawasan musibah itu ( Jazakallah kepada teman- teman di sana) .... ke kawasan lain, tetapi selama masih dalam dunia ini... kita belum tentu selamat. Satu- satunya cara utk selamat ialah mengekalkan niat murni di sanubari dan terus iltizam dengan Islam dan dakwah dalam realiti hidup ini. Pastikan hidupmu memegang panji- panji dakwah ini sampai hujung nyawamu... sebagaimana di sebutkan oleh ulamak kita..... kalau mahu akhiri hidup ini secara Islam... pastikan mulai hidup secara Islam ini... SERTA MERTA.. terus tetapkan tekad dan terus mula.. oghe kelate kato... selaluuu.

Sarapan pagi.. depa makan roti chanai tapi aku makan nasi dagang... hu hu

Aku kini di Yala, Selatan Thai. Antara tempat yang aku sukai... kerana di sini terlonggoknya orang soleh yang amat aku senangi dan... restoran Che Kaa.. he he.

Ada pengalaman menarik kali ini...akan ku khabarkan nanti

5/04/2010

Untukku dan Mu


Setelah sekian hari memerah pemikiran di sini, beberapa kesimpulan dapat kuperolehi :
  1. Tarbiah adalah penentu kelansungan hidup kita: Tanpa ditarbiah dan mentarbiah, kita tidak akan ke mana dan bukan pewaris kegemilangan al Banna. Ikhwah mesti mempunyai kesediaan yang tinggi untuk belajar semula/ ulangkaji bahan silam yang di refresh dan bersedia utk berubah dan membimbing dengan kasih sayang para adek- adek/ anak- anak baru kita.

  2. Sayangilah dakwah ini, bangunkan ia di tempat anda dgn segala prasarana yang perlu... terus tingkatkan kualiti diri.... sokonglah dakwah ini dgn penglibatan anda yang positif... ia adalah penentu masa depanmu nanti di alam lain...

  3. Segala masalah perlu diselesai dengan baik dan harmoni.

  4. Orang yang enggan berbuat baik kepada orang lain, yang angkuh dgn pandangannya, serahkan saja mereka itu kepada Allah. Aku masih berpegang kepada prinsip " Dakwah ini ada Rabbnya, Dia tetap akan melindungi milikNya ...( seperti kata Abu Talib ketika lari keluar meninggalkan Kaabah ketika di serang Abrahah... إنَ له رباَ يُحميه