Halwa Telinga


10/26/2010

Jazakallahu Khairan


Assalamualaikum Wmt. Wbt



  1. Aku telah selamat sampai ke tanahair ptg sabtu lepas. Kesan mengantuk mesir juga telah hilang setelah 10 hari berada di bumi Al Banna ini. Kenangan manis bersama anak- anak tercinta terasa sangat kehilangannya. Aku mendapati mereka adalah anak- anak yang baik, berakhlak mulia, masih bersih nuraninya, tahu menghormati orang berjasa kepada mereka khasnya ibubapa, semangat yang seimbang, daya juang melebar dakwah yang tinggi, kuat bermusafir ..... semua ini pertanda baik masadepan yang gemilang untuk kita. Anak- anak muda ini tetap menjadi pewaris perjuangan kita insyaallah.

  2. Aku ingin mengucapkan rasa syukur kepadaNya kerana banyak perkara besar berjaya disempurnakan : mengulit, menjelas, menaut, mencuba menganggu, menggempur .... he he dan jalan- jalan mengimau nostalgia 80an serta menikmati keenakan to'miyah dan asir asob. Jutaan terimakasih kepada semua atas segalanya. Semoga anak- anak akan terus rajin belajar, memberikan tumpuan menguasai bahasa arab dan al quran( mempertingkat kualiti bacaan dan mempertajam hafazan) dan kuatkan kesabaran mempertahan dakwah, menyebarkannya dan dikurnia kebijaksanaan berurusan dengan berbagai jenis manusia.

No comments:

Post a Comment