Halwa Telinga


3/02/2011

Tuntutan Intima' Kepada Dakwah :Kemahuan yang Ampuh 2.1


Iradah Qawiyyah
  1. Ada orang menyangka bahawa pabila seseorang atau kumpulan itu sudah bertekad untuk berjuang di jalan Allah... pasti di sana akan adanya pertolongan Allah, Allah bersama mereka, malaikat akan turung menyokong dan berperang bersama mereka... dan kekalahan akan berpihak kepada gerombolan musuh. Ianya mungkin benar tetapi ianya akan berlaku setelah kelompok pejuang melengkap segala yang perlu ke tahap maksima dan terserlah kesungguhan tekad mereka untuk berjuang dan didahului oleh keupayaan mereka mengawal nafsu dan kehendak peribadi mereka sendiri lebih awal
  2. Allah telah menetapkan bahawa Dia pasti memenangkan pejuangNya yang tulus dan sabar iaitu pejuang yang mempunyai kehendak yang jitu dan gagah, azam yang benar dan berupaya taat kepadaNya dan mengawal nafsu mereka ( Muhammad ayat 7 dan al Hajj 40)
  3. Ketika Allah menguji Adam dan Hawa, mereka sedang selesa di dalam syurga dan dilarang mendekati pohon iradah/ khuldi tetapi dek kerana lupa dan kemahuan yang lemah ketika itu ( Taha 115) mereka termakan dengan tipudaya syaitan lalu .... terpaksa berada di bumi meneruskan perjuangan dan terbukti selepas itu Adam berjaya mengekalkan prestasi kemahuan yang tinggi hingga terbentuklah keluarga manusia hingga kini.
  4. Selepas ini.... kesah ujian iradah ke atas Bani Israel.... nantikan ya....

No comments:

Post a Comment