Halwa Telinga


12/10/2009

Salam Dari Istanbul 3


Kami merayap lagi hari ini, tapi hari ini jauh perjalanannya. Dengan menaiki metro/ trem atas tanah dan juga underground dari steysen Emniyet Fateh menuju ke steysen Sultanahmet ( Sultan Ahmet) . Di sana kami menziarahi kubur- kubur Sultan Othmaniyah dan juga Masjid Biru yang terkenal. Yang menarik di sini, harga tambang trem satu laluan( tak kira jaraknya jauh atau dekat) ialah 1.50 lira ( 1 lira= RM2.30) : Beli chip dan dan masukkan ke dalam lubang khas di pintu masuk dan tak perlu buat apa- apa ketika keluar, just lalu di pintu keluar.

Kami bersolat zohor di masjid indah ini. Tidak lupa aku berdoa untuk kesejahteraan diri, keluarga dan juga teman, agar jiwamu dihiasi sifat taqwa dan kebijaksanaan serta dijauhi dari rasukan syaitan,hingga lupa diri dan sangup meranduk segalanya.
Aku juga sempat membaca beberapa potong ayat daripada suarah Al Ankabut, sementara menunggu azan zohor dikumandangkan. Ayat- ayat itu amat menyentuh nuraniku ( khasnya ayat 4) dan aku semakin yakin kepadaNya dan kepada jalan hidup ini.

Selepas itu kami makan tengahari yang lazat juga rasanya dan minum air delima fresh. Maaf kalau antum terpaksa menelan air liur. Nak buat macam mana, flight penuh.

Selepas itu kami naik trem lagi menuju ke hujun steysen Kabatas dan sempat meninjau pemandangan sebelah asia Istanbul, berlatar belakangkan jambatan ala San Francisco



pertama kali aku melihat ikan selayang yang masih hidup, hasil pancing orang di sini

Selanjutnya kami kembali semula ke Emniyet Fateh melalui jalan lain. Akhirnya kami sampai semula ke hotel sebelum maghrib. Akitiviti kami belum selesai lagi malam ini....tapi mata dah mula mengantuk, letih dan sekarang di Malaysia 12.30 pagi, 11 Dec

1 comment:

  1. Salam ustaz..

    Adui. sedapnya jus buah delima tu.. nanti kami ikhwah malaysia ni nak buat juga lah

    ReplyDelete