Halwa Telinga


3/03/2011

Dua Sifat Mulia


Rasulullah SAW pernah berkata kepada Al Asajj( r) ketua qabilah Abd Qiss : Padamu ada dua sifat yang dikasihi oleh Allah iaitu lemah lembut dan tidak gopoh ( Muslim)
  1. Bersikap lemah lembut dalam tindakan merupakan benteng untuk melindungi dirinya berhadapan dengan fitnah dan mampu mengawal gejolak marah dan ego membesar diri hingga dia sentiasa berlaku adil dalam penilaian dan keputusan yang diambil
  2. Tidak gopoh pula sentiasa menyelamatkannya daripada tersilap membuat keputusan dan tindakan serta dia mempunyai masa yang cukup untuk membuat penilaian dan rujukan serta pemastian kesahehan fakta. Di kala itu kekeliruan sudah hilang dan... yang baik sahajalah yang terbit daripadanya.
  3. Contohilah kemuliaan ini. Imbangilah fikiranmu itu dengan ketenangan, rujukan yang wajar dan bertenanglah. Dekatilah mushafmu dan...... insyaallah keputusanmu akan diberkati... iringilah keputusanmu dengan doa, istighfar dan zikir....

No comments:

Post a Comment