Halwa Telinga


3/01/2011

Tuntutan Intima' Kepada Dakwah : Iman Yang Mendalam 1.3




Daie dan Ibadat....
  1. Daie yang hakiki adalah abid kepada Allah, tunduk dan taat kepadaNya serta berasa kerdil berhadapan dengan kuasaNya
  2. Pengabaian aspek ibadat khasnya yang berkaitan perkara fardu merupakan musibah dan kehancuran kepada pendukung dakwah. Dia tidak lagi menjadi qudwah kepada orang lain. Bagaimana mungkin dia menyeru orang lain kepada Allah sedangkan dia lupa dan jauh daripadaNya atau cuai dalam beberapa aspek tuntutanNya. Ketahuilah bahawa ibadat yang utama ini merupakan penambah seri dan kekuatan di hati kita semua
  3. Kesibukan mempelbagai amalan soleh dan ketekunan menyempurnakannya pasti menerbitkan kedamaian di hati, tidak dapat dirasai kemanisannya selain mereka yang menceburinya. Ianya bukan sekadar memenuhi tuntutan kewajipan , bahkan kelak dirasa manis dan lazatnya lalu membuahkan ketenangan yang sukar digambarkan.... Ruginya orang yang lalai! keluar meninggalkan dunia, tapi tak sempat merasai nikmat paling manis disana. Ditanya apakah nikmat berharga itu? Jawabnya : Mengasihi Allah dan dekat denganNya.
  4. Al Banna pernah menyebutkan bahawa sesungguhnya kedamaian dan kebahagian sejati yang dihajati oleh insan sebenarnya datang dari dalam lubuk hati mereka sendiri dan tidak samasekali datang dari luar hati ini. Ketahuilah bahawa hati yang hidup dan bersambung kejap dengan Allah inilah punca kebahagian hakiki buat insan, kita juga begitu kan... usahakan ya ikhwah/ akhawat.

No comments:

Post a Comment