Halwa Telinga


3/01/2011

Tuntutan Intima' Kepada Dakwah : Iman Yang Mendalam 1.2


Rabbaniah dan Kemenangan
  1. Kelompok dakwah yang ingin berjaya berhadapan dengan musuhnya yang akhirnya akan tertegaklah khilafah Allah di persada bumi indah ini .... semua yang mulia itu tidak akan tercapai kecuali melalui hubungan yang aqrab dengan Allah
  2. Dr Majde el Hilaly dalam bukunya ( At Toreq Ila al Rabbaniah) menyatakan bahawa pertolongan Allah samasekali tidak akan diberikan kecuali kepada kelompok Rabbani yang amat baik hubungannya dengan Tuhan mereka : وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ, إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغًا لِّقَوْمٍ عَابِدِينَ Iaitu ketetapan Allah bahawa pewaris bumi ini adalah mereka para salehin dan Abiden
  3. Allah juga telah menetapkan bahawa penegakan Deen Islam hanya tertegak melalui usaha manusia. Usaha ini merangkumi dua aspek iaitu Pertama: Aspek kerohanian yang berpaksi di hati melalui keaqraban hubungan dengan Allah sebagaimana firmanNya dalam surah al hajj ayat 40 : Allah pasti menolong orang yang Menolong AgamaNya, dan Kedua: Aspek tindakan fizikal yang membina kekuatan fizikal yang berbagai atau quwwah dalam surah al Anfal ayat 60. Sebarang usaha menjurus ke arah persiapan fizikal tanpa membuat sesuatu kepada aspek kerohanian adalah satu kesilapan yang besar dan melencong dari jalan yang saheh
  4. Bahkan keseimbangan yang dituntut dari keduanya bukan bermaksud samarata antara keduanya bahkan sebenarnya memberikan keutamaan kepada aspek kerohanian adalah utama ( tanpa pengabaian aspek fizikal) seperti mempertingkatkan hubungan dengan Allah dan mengikat hati- hati pejuang denganNya
  5. Dalam peperangan silam dengan kafirin ( Yarmuk, Qadisiyah dan nahawaind... bilangan muslimin lebih kecil) membuktikan bilangan bukan penentu kejayaan. Kelewatan kejayaan tidak merujuk kepada kekurangan dari aspek kebendaan dan persenjataan tetapi merujuk kepada kecuaian dalam hubungan dengan Allah ( rujuk ali Imran 120 dan al Anfal 65)
  6. Tetapi ini semua tidak bermaksud aspek kebendaan tidak penting tetapi ianya bermaksud peri pentingnya perhatian diberikan kepada pemurnian hubungan dengan Allah ( al Maidah-6)
  7. Untuk itu, para teman dan anak- anak, jagailah hubunganmu dengan Penciptamu, Pemberi rezkimu... lazimilah kitabNya saban hari, berzikirlah kepadaNya ( rujuk risalah al Maathurat secara teliti) dan perbanyakkan amalan sunnatmu .... semoga Rabbaniahmu semakin kuat... dan kuatlah dakwah ini..
  8. sambungannya nanti .... Daie dan Ibadat....

No comments:

Post a Comment