الحرص على دوام الأخوة والوحدة
Keprihatinan Tahap Tinggi Terhadap Ukhuwwah dan Kesatuan
- Para mukmin belajar drp madrasah quran dan sunnah Rasul tentang ukhuwwah dan kesatuan hingga “melekat” pada diri mereka dan menjadi contoh ikutan kelompok lain
- Mereka tidak seperti kelompok lain yg menjasad pada diri mereka kedengkian, pertelingkahan dan buruk sangka kpd orang yg berbeza, lalu tersimpang tumpuan mereka kepada lorong amal dan penghasilan untuk Allah dan kerana Allah
- Daripada dua sumber hidup ini, setiap akh muslim memahami bahawa apabila berlaku perbezaan pandangan dengan akh lain a. Sebenarnya kita “berbeza” ini utk mencapai matlamat yg tak boleh kita tinggalkan sama sekali iaitu untuk menegakkan manhaj Allah di muka bumi ini b.Kita ada sempadan yg tak boleh dilepasi iaitu ikatan hati dan kesatuan kalimah
- Apabila ia dingati, dia akan ber”bincang” dgn berhemah, berbeza dgn beradap dan berupaya utk bersetuju agar tidak keruh keladak di hati masing- masing
- Akan sentiasa terngiang-ngiang di telinganya pesanan Ar Rahman ( al Anfal 46) dan Al Amin ( jangankamu berselisih, generasi terdahulu telah hancur akibat berselisih)
No comments:
Post a Comment