Rangkuman Kesetiaan Dan Penghargaan Tak Bertepi Buat Si Dia 3
إعترافا بالجميل
Aku sangat pasti, terlalu ramai yang menyumbang, berbagai sumbangan.Dulu, tadi dan seterusnya. Tanpa mewakili sesiapa, aku rasa bertanggungjawab utk mengungkapkan rangkuman terimakasih, rasa bangga atas komitmen yg kulihat. Semuanya kerana ukhuwwah, kerana rasa terhutang budi, tapi tak sepadan antara itu dan ini.
Jazakallah Khairan buat
Jazakallah Khairan buat
- Teman- teman di PJ, Allah tahu betapa besarnya sumbangan antum dan kurasai keikhlasan dan kebanggaan antum.
- Dr Zurin Adnan dan pasukannya. Antum telah melakukan yg terbaik, jangan rasa bersalah, dia milikNya, kuasa dan ajal di tanganNya. Pasti besar ganjaran antum di sisiNya. Berkhidmat kepada insan mulia
- Teman- teman di Serdang dan di seluruh negara, berbanggalah dan bersyukurlah. Sempat juga kita menyumbang
- Sahabat- sahabat yang mengiringi jenazah ke negara asalnya, jkk kerana mewakili kami...
- Ada juga teman- teman nun jauh di seberang lautan, juga menyumbang dan menghargai serta merasa kehilangan. Jasanya melampau lautan dan benua.
Buat Kak Amal, bersabarlah, redhailah pemergiannya. Itulah yg terbaik buatnya dan itulah kehendakNya. Perjuangannya akan kita teruskan. Wasiat dan nasihatnya akan kami pasakkan di bumi nyata. Itu janji kami. Sempat juga kami menjabat salam dan ucapan perpisahan buatmu di akhir sempadan. Aku, Hasbullah dan isteri bertekad, tak kira pukul berapa, kami akan berada di langkah perpisahan terakhir kerana ..
إعترافا بالجميل
No comments:
Post a Comment