Halwa Telinga


10/26/2009

وما تدرون ما هي الغربة عن الوطن ؟


Lagi tentang dia. Maafkan aku, aku masih belum puas.... ingin ku keluarkan rasa hati ini., buat tatapan mereka yang punya hati dan mampu menghargai. Seorang teman dan guruku mengungkapkan sewaktu menyampaikan ucapan takziahnya selepas mengimami solat jenazahnya tempoh hari... antaranya
  • Dia telah menunaikan hak Allah ke atasnya di bumi ini, menyebar dan memasakkak fikrah ini di sini dan sana dan dia telah meninggalkan kita di sini dan tidak di sana, di negara kelahirannya
  • Dia telah merantau belasan tahun, di rantau ini. Dia merantau jauh untuk memasak paksi kebenaran di dada kita, merapat yang jauh dan menjauh, lalu teman ku mengatakan " وما تدرون ما هي الغربة عن الوطن ؟ Memang kita di sini tak akan faham makna merantau, berkelana di bumi asing. Tapi aku terusik dengan kata- kata itu kerana aku dapat memahaminya sedikit. Kesedihan, kerinduan dan berbagai kesukaran adalah rencam hidup mereka. Ada yang berjauhan kerana kerja dan "kerja" dan ada juga yang terhalang kerana jahat orang lain. Buat temanku, hargailah jasa orang ini, sanggup berjauhan demi kita. Dia berusaha keras memperbaiki rumah ini, hargailah usahanya dengan terus mengindah, merapi dan menyiram air mawar ( sewangi air mawar di tubuh kakunya) agar rumah ini menjadi rumah yang mulia dan bersedia memberikan "IKRAM" kepada sesiapa yang duduk, bertandang atau merisik khabar. Rumah yang disenangi dengan AL KARAM: yang bertandang akan dihidangkan air yang dingin dan syahdu sampai ke kalbu, dia tak akan haus, dia tak akan kecewa.
  • Seperti ini juga nanti kesudahan kita. Segalanya tak bermakna kecuali yg kembali mengendong hati yg sejahtera
  • Masih ada banyak lagi .......dan aku memiliki rakaman audionya.....

No comments:

Post a Comment