Halwa Telinga


10/31/2009

تجارة لن تبور


Aku masih ingin meransang teman sebahteraku, agar melangkah memberi tumpuan kepada perniagaan ( tijarah) baru ( bukan baru sebenarnya). Aku mengistilahkannya sebagai perniagaan yang pasti tidak rugi.

Muhammad dahulu juga memberi tumpuan kpd orang muda, lalu bergegar seluruh dunia dek kerana gerombolan baru itu..

Membuka tapak niaga dengan orang muda..... pasti kau tak akan rugi. Kelak kau akan temui kelompok yang bakal kau senanagi. Berkesediaan tinggi untuk belajar dan mendengar, bersedia untuk mengikut dan menambah bilangan pengikut. Kau sangka mereka berlima, tiba- tiba mereka datang membawa 20, 30 dan .... untuk kau didik. Tak tersangga kau nanti....

Untuk itu ajaklah teman- teman lain, seorang dua cukuplah dan berkerja keraslah.... aku di wamy akan bantu di sudut ..... rahsia. Tidak keterlalaun kalau ku katakan, tinggalkanlah niaga lain, berniagalah di sini, untungnya lumayan, ramai yang ingin membeli dan menyertai, bukan sekadar melihat, bertanya harga, membelek ... dan berlalu pergi.... tinggalkanlah berniaga dengan komuniti itu..... jangan maraaaaa

No comments:

Post a Comment