Kembali kepada silsilah keturunan Talibiyyin, kita dapati setelah kewafatan Ali  ar-Ridha yang dipilih oleh al-Ma’mun sebagai putera mahkota, muncul anaknya  Muhammad al-Jawad. Kemudian Muhammad al-Jawad meninggal dunia pada tahun 220H.  Muncul pula selepasnya anaknya yang bernama Ali bin Muhammad al-Hadi. Ali  meninggal pada tahun 254H. muncul anaknya al-Hasan bin Ali yang mendapat gelaran  al-‘Askariy. Beliau mati secara mengejut pada tahun 260H. Baliau tidak mempunyai  anak kecuali seorang yang masih kecil berusia lima tahun, bernama  Muhammad.
Dalam tempoh beberapa tahun berlalu, gerakan pemisah yang  merupakan gabungan sekumpulan ahli bait dan sekumpulan syu’ubiyyin Parsi, mereka  menyerahkan pucuk pimpinan kepada anak sulung kepada pemimpin Talibiyyin,  bermula dari Ali ar-Ridha dan berakhir kepada al-Hasan al-‘Askariy. Adapun  pemimpin sebelum Ali ar-Ridha seperti ayahnya Musa al-Kazim atau datuknya Jaafar  as-Sadiq atau moyangnya Muhammad al-Baqir, tidak pernah memimpin mana-mana  gerakan pemberontakan, sama ada ke atas pemerintahan Umawiy atau  ‘Abbasiy.
Semasa kematian al-Hasan al-‘Askariy pada tahun 260H, puak  pemberontak berada dalam kebingungan; siapakah yang akan dilantik sebagai  pemimpin mereka? Al-Hasan al-‘Askariy hanya meninggalkan seorang anak yang masih  kecil. Keadaan bertambah kusut apabila anak yang kecil ini ikut meninggal dunia  secara tiba-tiba. Keadaan ini menjadikan puak pemberontak berpecah kepada  beberapa kelompok yang sangat banyak. Setiap kelompok berbeza antara satu sama  lain dari semua sudut: fikrah, syari’ah dan akidah.
Kumpulan yang paling  masyhur dari kalangan kelompok ini adalah al-Ithna ‘Asyariyyah. Inilah kelompok  yang wujud sekarang di Iran, Iraq dan Lubnan. Dan inilah kelompok syi’ah yang  paling besar pada masa kini.
Para pemimpin golongan ini mula menempelkan  kepada Islam perkara-perkara yang bersesuaian dengan situasi yang mereka hadapi  waktu itu dan perkara-perkara yang menjamin kelangsungan gerakan mereka,  khususnya di kala ketiadaan pemimpin bagi kumpulan mereka
Sesungguhnya mereka  telah menokok tambah ke dalam agama Islam perkara-perkara bid’ah yang sangat  berbahaya. Mereka mendakwa apa yang ditokok tambah itu merupakan bahagian yang  tidak terpisah dari Islam. Dan bid’ah-bid’ah itu akhirnya menjadi akidah yang  membentuk susuk tubuh mereka. Antara bid’ah itu ada yang secara khusus berkaitan  dengan imamah (kepimpinan dalam agama). Mereka mahu menyelesaikan masalah  ketiadaan pemimpin pada masa itu, maka mereka berkata pemimpin hanyalah 12 orang  sahaja. Pemimpin-pemimpin itu secara tertibnya adalah terdiri dari:
1. Ali  bin Abi Talib
2. Al-Hasan bin Ali
3. Al-Husain bin Ali
4. Ali Zainal  Abidin bin al-Husain
5. Muhammad al-Baqir bin Zainal Abidin
6. Jaafar  as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir
7. Musa al-Kazim
8. Ali ar-Ridha
9.  Muhammad al-Jawad
10. Ali al-Mahdi
11. Muhammad al-Mahdi
12. Al-Hasan  al-‘Askariy
Dari sini kumpulan ini dikenali sebagai al-Ithna ‘Asyariyyah.  Dan untuk memberikan pentafsiran terhadap berakhirnya imam-imam, mereka mendakwa  bahawa anak kecil Muhammad bin al-Hasan al-‘Askariy sebenarnya tidak mati.  Bahkan dia berada di tempat persembunyian di atas bukit. Dan dia masih hidup  sampai sekarang (kini sudah lebih 1000 tahun). Dan suatu hari nanti dia akan  kembali memerintah dunia. Pada pegangan mereka, dia itulah al-Mahdi al-Muntazar.  Mereka mendakwa juga bahawa Rasulullah s.a.w. telah berwasiat dengan menyebut  nama-nama imam yang 12 itu, tetapi para sahabat menyembunyikannya. Kerana itulah  mereka mengkafirkan para sahabat keseluruhannya atau memfasiqkan sebahagian  daripada mereka. Alasannya ialah para sahabat telah menyembunyikan wasiat  mengenai nama-nama imam mereka. Kemudian mereka memasukkan ke dalam Islam konsep  perwarisan dalam sistem pemerintahan. Menurut mereka, imam mestilah dilantik  dari kalangan anak lelaki yang sulung bermula daripada Ali bin Abi Talib diikuti  dengan imam-imam selepasnya. Fahaman seperti ini, seperti sedia maklum, tidak  ada dalam ajaran Islam. Sehingga negara-negara Islam yang diperintah oleh ahli  sunnah yang mengamalkan sistem perwarisan seperti dinasti umayyah, ‘abbasiyyah,  saljuqiyyah, ayubiyyah dan uthmaniyyah, mereka tidak pernah mendakwa bahawa  perwarisan ini adalah ajaran agama. Mereka tidak pernah berkata bahawa khalifah  mesti dilantik dari kalangan ahli keluarga tertentu sahaja.
Halwa Telinga
11/01/2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment