النور الثالث : قبول النصيحة وطلبها من الخبراء
Bersedia Menerima Nasihat dan Mendapatkannya Drp Mereka Yang Pakar
Bersedia Menerima Nasihat dan Mendapatkannya Drp Mereka Yang Pakar
- Bagi Imam Al Hasan Al Basri, kehidupan ini hanya tinggal tiga sahaja ( dan dia amat menggalakkan pemilikannya) : 1. seorang akh yang sentiasa memberikan kebaikan kepadamu bila bergaul dengannya, akan membetulkanmu bila kamu tersasar 2. Kecukupan dalam kehidupan yang tidak memerlukan kamu bergantung kepada orang lain 3. Solat berjamaah kerana pasti selamat drp sahwu/ lupa dan pasti mendapat ganjaran pahalanya.
- Seterusnya beliau menyambung mencirikan perilaku mukmin: Dia adalah cermin kepada saudaranya, bila berlaku sesuatu yang tidak disukainya, akan segera diperbetulkan dan dibimbing secara terang atau berahsia( menegurnya)
- Khalifah Umar Bin Abd Aziz pernah berkata : seseorang akh itu telah menjalankan kewajipan dan membina hubungan yang baik dengan saudaranya bila dia memberikan nasihatnya yang baik dalam urusan agama dan dunia saudaranya
- Seperti juga desakan memberi nasihat, juga perlu ada kesediaan yang tinggi untuk menerima nasihat. Si mukmin gembira dengan nasihat tetapi Allah mencirikan peribadi pendusta dengan kebencian mereka kepada nasihat "ولكن لا تحبون الناصحين "
- Imam Syafie membantu lagi: Sesiapa yang aku nasihati, dia menerimanya dengan baik, pasti aku hormati dan aku hargai tetapi jika dia menolak nasihatku, hilanglah rasa hormatku padanya dan aku akan menolaknya.
- Khalifah Omar Bin Abd Aziz mengarahkan pembantunya , Muzahim : bersambung .....
No comments:
Post a Comment