Halwa Telinga


11/09/2009

Pon Pon !

Akihibara, Tokyo 2004. Ogos

Assalamualaikum

  1. Sukacita dimaklumkan aku akan mentarkiz tulisan hanya kepada Anwar Fitanah..... untuk sekian masa. Sekarang sudah ku post Nur 1( satu siri), Nur 2 ( 3 siri) dan Nur 3 ( 1 siri dan ada sambungannya). Aku belum pandai menyusun aturnya agar kamu tidak tercari- cari galurnya. Rujuklah di sudut kanan, bawah, : Untaian Padi dan pilih أنوار الفطنة.... di sana terangkum koleksinya.
  2. Walaubagaimanapun akan ada selingan lain untuk menambah kepelbagaian warna dan peristiwa di samping mengubah angin ketika penat menulis. Ada juga ambilan berharga drp penulisan teman lain
  3. Aku sedar sekarang musim tengkujuh, sana sini banjir dan ribut. Rupa- rupanyanya teman- temanku juga semakin galak menulis, segalak banjir melanda. Siapa yang kau landa ni? Tak kesah lah, asalkan kerana Allah. Ada juga teman yang menghabiskan tulisannya seakhir jam 4 am... huh power giler... semoga dikurnia pahala qiamul lail.... semuanya keranaNya dan kerana kamu semua, agar kamu tetap suci dan murni dan terus menggenggam bara api ini... hingga jadi besi, itulah asyiknya cinta, kita takkan berpaling lagi .... semoga hujan lebatmu yang turun adalah hujan yang bermanfaat اللهم صيبا نافعا
  4. Kepada yang membaca tulisan kami ini, Ianya tak seberapa, terimalah seadanya tapi sedia dikoreksi jika ada ketidak tepatan drp segala segi. Apa yang diharap, tika kau berdoa agar selamat drp petaka itu, masukkan nama dan wajah kami sekali. Mungkin doamu lebih mustajap.. kami ingin menumpang tuahmu... dan juga ingin sama- sama selamat.
  5. Berjumpa lagi........ dan ulangi bersamaku أعوذ باللـــه من الفتن

No comments:

Post a Comment