Halwa Telinga


11/04/2009

Permata Drp Bangkok


Hari ini 4 Noverber 2009, hari terakhirku di Bangkok. Urusan kerja banyak dah diselesaikan dan aku bersyukur kepadaNya. Dapat bertemu rakan dan kawan sepasukan di Asia Tenggara dan mendapat bimbingan dan kasih sayang drp teman- teman drp Dammam, KSA.

Aku belajar bahawa syura adalah tempat membuat keputusan yang pasti membuahkan barakah wal khair, tak kira apa jua bentuk semasanya dan bentuk akan datangnya. Yang penting ianya bukan keputusan peribadi atau kelompok kecil yang kadang- kadang atau seringkali disaluti kepentingan peribadi atau hawa nafsu atau tanpa disedari, ianya tidak baik. Kita harus bersabar dengan keputusan itu walaupun kita belum faham atau tidak dapat menerima kewajarannya. Allah sentiasa bersama keputusan kelompok.... buat temanku..... kawallah diri dan kehendakmu... bertaqwalah kepadaNya.... apa yang kamu lakukan sekarang pasti ada kesannya( baik atau buruk) di masa hadapan.... utk itu berhati- hatilah dan bertaqwalah kepadaNya... sekali lagi.... kawallah dirimu.... kawallah dirimu...tiada ungkapan lain drpku untukmu.

Aku juga belajar, berundinglah dengan sabar, bersopan santun, lunak bahasamu dan fahami pemikiran orang lain. Orang lain juga baik sepertimu. Semua inginkan kebaikan. Untuk itu bersabarlah dan bersungguh- sungguhlah serta buatlah tugasan mempersiapkan hujjahmu... tak ramai temanmu yang keras kepala atau kepalanya keras. Mereka juga bersedia untuk menerima daripadamu..... jadi elok- eloklah menampilkan pandanganmu. Nanti restuNya bakal muncul dalam bentuk berbagai.... pandangan penuhmu diterima atau dengan tambahan dan pembaikan.. atau pandangan lain yang disepakati. Yang penting kamu tidak angkuh, semakin keras kepala atau...... secara terang kukatakan.... kalau kau berdegil... sebenarnya engkau bukan pandai sangat pun... engkau perasan je.... Semoga semua diberkati.

No comments:

Post a Comment