Halwa Telinga


11/23/2009

Warga Berlian di USIM


Kelmarin/ isnin aku bersama sekumpulan teman berceramah di USIM: Konvensyen Pendakwah Muda. Terkumpul di sana ramai anak muda yang nak jadi daie, rasaku. Kami sepakat mengistilahkan mereka sebagai anak- anak berlian kerana harganya yang pasti mahal dan tinggi kerana ia berkualiti dan sudah melalui proses pencanaian yang dahsyat. Mereka bak berlian kerana brillian, mampu menongkah arus perubahan dan seringkali mendepani proses tahgyir.

Kita semua bertanggungjawab melakukan proses pencanaian ini. Mereka sedia diperlakukan apa sahaja kalau mereka mempercayai kita. Anak- anak itu baik, kita perlu membimbing dengan baik... aku amat yakin... mereka amat baik, bersedia dan mudah diatur... cuma kita sahaja, adakah kita bersedia bergelumang dengan mereka

Ingatlah sahabatku, mereka itu berlian.... kalau kau memperolehinya... lakukanlah apa sahaja, mereka sanggup berada di barisan hadapan. "Takpe pakcik.. pakcik kat belakang pun takpe, biar kami yang buat....

Untuk kesekian kalinya kukatakan, kalau kau berniaga dengan mereka, kau tak akan rugi.
تجارة لن تبور

No comments:

Post a Comment