Perlu bertaqwa ketika Marah Memuncak
- Talq Bin Habib pernah berkata ketika dia melihat berlakunya fitnah : Bentengilah dirimu dengan taqwa yakni tidak akan berkata kecuali yang benar sahaja. إتقوها بالتقوى
- Bakr Bin Ubaidillah Al Muzanni berpesan kepada mereka yang ingin memiliki kualiti akhlak yang tinggi : Seseorang itu tidak akan menjadi seorang yang benar- benar bertaqwa sehinggalah dia bertaqwa dalam permakanan dan kawalan marahnya
- Para duat amat perlu memiliki tahap kawalan marah yang tinggi dan hanya kerana Allah dan cubalah mencontohi Imam Ahmad Bin Hanbal yang hanya akan marah kerana Allah dan tidak kerana dirinya dan tidak akan memenangkan dirinya. Jika ianya berkaitan agama, dia akan menjadi tersangat marah sehingga dilihat bukan seperti Imam Ahmad yang biasa dikenali
- Bentuk kawalan ini dapat dilihat melalui keupayaan mengekang lidah daripada mengungkap apa sahaja tanpa perkiraan agar dia tidak tersalah menuduh orang tak bersalah atau berhujjah dengan sandaran yang rapuh dan bersifat sangkaan kosong atau memperkecilkan keupayaan dan kefahaman orang lain hinggalah..... ramai orang yang baik akan terluka dan terasa terhina. Oleh itu pengalaman mengajarkan keperluan memilih kata- kata yang baik dalam berbicara dan berhati- hati ketika berhujjah... itulah insan yang wara'. Jarang juga kita temui orang menggunakan tangan dan kaki untuk menyakiti orang lain. Cukup sekadar berbahasa secara kesat dan bermegah- megah, sudah memadai untuk melukakan orang lain.
- Omar Bin Al Khattab pernah berkata : Jangan kamu terpesona dengan ucapan yang berdegang- degang, tetapi sesiapa yang mampu menunaikan amanah dan mengelak daripada memperihalkan maruah orang lain, itulah sebenarnya orang yang hebat.
- Yunus Bin 'Ubaid pernah berkata : Kamu akan tahu kewarakan seseorang itu melalui tutur katanya dan akhirnya Rasul pernah berkata " Muslim sebenar ialah muslim yang tidak menyakiti muslim lain melalui tutur kata dan tindakan tangannya.
- Untuk itu , tingkatkan kewarakanmu melalui pemilihan kata- kata yang baik ketika berbicara, hormatilah orang lain dan berfikirlah secara waras ketika marah
No comments:
Post a Comment