- Al Banna pernah menegaskan bahawa " sesungguhnya ikhlas itu adalah asas kejayaan dan di tanganNya ketentuan segala sesuatu. Ketahuilah bahawa generasi terdahulu telah berjaya kerana memiliki kekuatan iman dan kesucian ruh, bersihnya jiwa dan nurani. Amalan mereka didasari oleh aqidah dan keyakinan dan mereka memastikan segalanya menepati neraaca aqidah sehingga bercampur sebatilah antara aqidah dan jiwa mereka lalu mereka adalah fikrah dan fikrah adalah mereka.... jika begitulah keadaan kamu, fikirkanlah baik- baik, Dia akan mengilhamkan kewarasan dan ketepatan kepada kamu, berkerjalah.. Dia akan menganugerahkan kepada kamu keupayaan dan kejayaan.... adapun jika ada di kalangan kamu orang yang "sakit" hatinya, matlamatnya boleh dicurigai, tersembunyi ketamakananya, tercarik sejarah zaman silamnya.... keluarkan mereka dari safmu kerana mereka ini bakal menjadi penghalang turunnya rahmat kepadamu dan tersasar keberkatan dari padang permainanmu ... وإن كان فيكم مريض القلب, معلول الغاية, مستور المطامع, مجروح الماضي, فأخرجوه من بينكم, فإنه حاجز للرحمة, حائل دون التوفيق
- .... Amatilah sejarah, pabila kita tidak bertegas dengan "syurut" kita ketika menghimpun pengikut.. terhalangnya banyak rahmat buat kita: asik tidak menang- menang, masih belum berkuasa, hilangnya keharmunian dan kedamaian atau terburainya kesatuan dan keakraban. Seringkali punca kerencatan amal merujuk kepada kumpulan " ahli Syawaib" yang masih didokongi oleh kita, akibat kebendulan dan kealpaan kita
- Dahulu, Ibnul Jauzi pernah berkata" Sesungguhnya orang yang tidak ikhlas pasti akan terencat langkah perjalanannya: إنما يتعثر من لم يخلص
- Walaupun ungkapan ini zahirnya membawa makna individu, ianya juga sesuai untuk kelompok sejenis perangai. Kelompok kecil yang mempunyai "penyakit" yang sama mampu menjejaskan keutuhan kelompok besar keseluruhannya : Jika sesorang daie itu dijangkiti penyakit Riya', ia akan menjejaskan perjalanan kelompok keseluruhannya lalu bertambahlah mereka yang dijangkiti dalam kelompok itu... mereka perlu membersihkan diri dengan bertaubat atau.... kita bersihkan kelompok ini dari angkara mereka dengan mengeluarkan mereka dari kelompok ini. .... حتى يتخلص منه بتوبة أو نتخلص منه بإبعاد
Halwa Telinga
11/07/2009
أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 2 -2
sambungan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment