Halwa Telinga


11/08/2009

أنوار الفطنة تبدد ظلمات الفتنة 2 -3

sambungan......

  1. Sebelum itu, Al Kulaini pernah berkata : Wahai anakku! Kepetahan berbahasa tanpa ketulusan hati tidak akan menyampaikan kamu kepada kebenaran walaupun selangkah. Perjalanan ini adalah perjalanan hati... يا غلام , فقه اللسان بلا عمل القلب لا يخطيك الى الحق خطوة , السير سير القلب
  2. Begitu juga kepada kelompok dakwah: Jika leka bercakap banyak, banyak menghasilkan penulisan dan menjadikan akhbar dan mimbar medan berkokok dan meninggalkan usaha keras mencetak hati dan mengadun jalin jiwa... pasti akan terencat perjalannnya menuju kekuasaan, tak mampu melangkah walau setapak.
  3. Di sudut lain, mungkin juga keterencatan itu menjadikan kelompok itu mengurus penyakit yang sedia ada dan tidak dijangkiti penyakit baru... tetapi jika penyakit riya' itu terus berkembang secara jamaie menjangkiti seluruh anggota... mereka bakal menjurus ke lembah kelemahan. Al Rabie' Bin Khuthaim pernah berkata : Semua yang dilakukan bukan kerana Allah pasti akan mula melemah dan terungkai
  4. . Riya' jamaah bukan suatu yang asing. Sejarah banyak menukilkannya, terangkum dalam bentuk: Menggunakan istilah- istilah baru yang direka- reka, membangunkan ijtihad yang ganjil yang berdalilkan pandangan tersilap sesetengah fuqaha' silam dan muhaddithin @ ahli hadith atau bergegas menambah bilangan ahli dengan mengabaikan kualiti tarbiyah mereka.
  5. Ketika di hujung nafasnya, Shidad Bin Aus ( sahabat) telah diminta untuk menyimpulkan pengalaman perjuangannya: Dua penyakit yang paling aku bimbangi menjangkiti kamu ialah riya' dan syahwat yang tersembunyi.... yakni syahwat itu menyelinap dan bersembunyi di sebalik kegelapan riya'. Tabie Talhah Bin Mushraf telah membantu mereka yang dijangkiti ini dengan mengajarkannya doa ini ; اللهم إغفر لي ريائي وسمعتي Ya Allah, maafkanlah aku dek kerana riya' dan sum'ahku ( suka orang tahu kebaikanku)
  6. Untuk itu, teman dan anak- anak mudaku, beristighfarlah dengan penuh penyesalan atas riya' yang silam, tak kamu sedari tapi Dia tetap tahu. Dia Maha Pengampun dan Penyayang dan.. mulakan lembaran baru
....tamat

No comments:

Post a Comment