Halwa Telinga


11/20/2009

Kesah Menarik


Aku sekarang di Langkawi, bersama tetamu drp Jeddah atas urusan kerja. Sewaktu di Subang tadi, sebelum berangkat naik kapalterbang berkipas... temanku memerihalkan satu kesah yang menarik, ingin kukongsikan denganmu....

Seorang alim besar namanya Ibn El Baqalany, penulis kitab 'E'jazul Quran ( yang hidup di zaman Abbasy) telah dihantar oleh seorang khalifah Abbasy ke Rome untuk berdebat dengan paderi kristian di sana demi menjelaskan kebenaran Islam.

Bila beliau sampai di sana, secara sengaja mereka merancang tempat pertemuan perdebatan itu memerlukan beliau terpaksa tunduk untuk masuk bertemu sekumpulan paderi itu ( seperti laluan masuk yang rendah memaksa beliau tunduk: seolah-olah beliau terpaksa masuk dengan tunduk hormat kepada sekumpulan paderi tadi, dengan tujuan menghina beliau dan melemahkan semangat beliau)... tetapi Ibn El Baqalany ini seorang yang bijak dan faham penghinaan terancang itu lalu beliau masuk secara menyonsang: terpaksa tunduk tetapi membelakangkan arah masuk @ ponggongya yang masuk dahulu @ mereka terpaksa melihat ponggongya ... ini pukulan pertama

Kemuadian, dia memulakan perkenalan bertanya khabar( sebagaimana adat Arab): Apa khabar kamu, apa khabar anak isteri kamu? bla bla...... Lantas para padera ketawa besar... Apalah kamu! Kamu tak tahu ke paderi mana ada yang kahwin! Mana ada isteri dan anak.. ha ha ha... lantas Ibn El Baqalany menjawab mudah... begitu ke! Tapi tuhan kamu ada isteri dan anak pula... terdiam mereka ... pukulan kedua....

Berlarutan perdebatan mereka... tak diceritakan kepadaku pula, nanti kurujuk drp sumber asalnya....

Akhirnya beliau pulang dengan penuh bangga. Raja Rome mengutus surat kepada khalifah melalui El Baqalany. Dia tak tahu kandungannya... rupa- rupanya ada racun di dalamnya. Raja Rome menyedari kebijakan Ibn El Baqalany dan dia mahu insan cerdik ini mati. Bila surat itu sampai ke tangan khalifah, khalifah ketawa dan membacakannya kepada Ibn El Baqalany: Hebat sungguh utusanmu ini. Orang seperti inilah sepatutnya menjadi khalifah.( tujuannya untuk mengapi- apikan khalifah agar khalifah merasa terancam lalu menghapuskannya... seperti adat kebencian sesama orang kafir atau juga seperti kesah Singapura dilanggar todak) lalu jawab Ibn El Baqalany: Mereka tak kenal siapa Khalifah kita.. tentu dia lebih bijak daripada aku... khalifah tersenyum bangga.. memang khalifah itu sangat bijak kerana mengenali kemampuan Ibn El Baqalany

Apa pengajarannya... aku pun masih terfikir- fikir... apa agaknya

No comments:

Post a Comment