تغليب نفسية التغافر
Dominasi Jiwa Pemaaf
Dominasi Jiwa Pemaaf
- Ibnu Sammak, pembimbing Khalifah Harun Al Rasyid, pada satu ketika telah berselisih pendapat dengan kawannya yang menyebabkan mereka telah bertemu untuk " menyelesaikannya". Ditakdirkan pertemuan itu belum memuaskan hati kawannya dan perlu disambung ke esokan harinya. Kawannya berkata mengancam: Esok kita sambung dan selesaikan betul- betul. Aku masih tak puas hati.... tetapi Ibnu Sammak yang arif tentang jiwa manusia dan sedih melihat perpecahan terus berlaku, telah menjawab: Tak pe, eloklah esok kita saling bermaafan dan mencari jalan penyelesaian yang baik.
- Sepatutnya ketika bersalaman, jiwa mukmin itu sentiasa mendoakan agar dirinya dan saudaranya itu diampunkan Ilahi....dan sebenarnya, di benak hatinya dia berkata: aku telah memaafkan kekasaranmu terhadapku ... kerana berterusan menyimpan dendam dan amarah pasti mengundang terbitnya berbagai fitnah lain di samping menyimbah minyak ke atas api fitnah sedia ada.
- Daripada berterusan menggunungkan api permusuhan, membenci saudara seagama dan melebal busuk, buruk, huduh, tak asolah... bla bla bla... ikut mu Lah... sedangkan memaaf, berlapang dada dan mengiktiraf ada juga kebaikan pada orang lain itu lebih awla dan lebih dekat kepada hatibudi mukmin إن التغافر خير SALING MEMAAF ITU LEBIH BAIK
- Kalau diselidiki sejarah berundurnya sesetengah duat dari medan juang jamaie, seringkali sebabnya merujuk kepada : 1. Keterlanjuran kata- kata atau kesilapan tindak tanduk yang tidak diberi ruang maaf, sedangkan kemaafan itu amat mudah diberikan atau 2. Sangkaan- sangkaan berlaku ketidak adilan atau kecuaian terhadap dirinya tanpa ada usaha untuk bertanya, merisik khabar sebenar, memahami situasi semasa atau meminta justifikasi atas apa yang berlaku..
- Jika kerumitan ini diselesaikan dengan bahasa yang lunak dan tidak berapi-api, pasti ianya membuahkan hasil yang disenangi dan dia pasti diingati sebagai insan yang mulia, tinggi budi bahasa dan baik tuturkata. Seorang penyair mengungkapkan penghargaannya terhadap teman yang menegur kesilapannya :Engkau telah menegur membetulkan kesilapanku tetapi betulkah engkau menegurku? Bahasamu amat lunak dan berhemah hingga aku keliru, adakah itu teguran atau ungkapan galakan dan ransangan kekuatan
- Ianya menjadi lebih baik jika proses teguran dan pembaikan itu dimulai dengan bukaan ruang untuk menyatakan sebab dan alasan sehingga dia amat yakin majlis itu sebenarnya bukanlah episod menghentam dan membelasah, tetapi satu majlis indah yang penuh dengan kasih sayang dan ruang lebar untuk kemaafan hingga... tiada ruang langsung untuk syaitan menyelit dan menyeludup masuk jarum domba dan godaan jahatnya, tiada rasa langsung dia akan dipulau atau disisihkan.
- Seterusnya ianya semakin harmonis dan imani jika akhirnya disudahi dengan senyuman dan ungkapan- ungkapan penyelesaian yang mesra dan menggembirakan... tujuan utama segalanya adalah kemaslahatan dakwah dan Islam, kesilapan itu seringkali berlaku dari sesiapapun: dia atau dia ataupun dia
- Inilah sebenarnya ukhuwwah Islamiah yang mendasari perhubungan penggerak dakwah.. alangkah indahnya bahtera ini, dihuni oleh hati- hati yang mulia, tiada bangga diri dan melihat orang lain kecil dan jahil. Kesediaan memberi kemaafan atau mendengar penghujahan atau ungkapan penyesalan amat mendasari sikap dan amalan penumpang bahtera ini kerana DIA itu amat Pengasih dan Pemaaf . Kenapa ini berlaku...? Bagiku kerana mereka ini adalah BERLIAN, tetapi ... sesiapa yang enggan berbudi seperti mereka ini... silalah terjun ke laut dalam ( banyak jerung menunggumu) atau kita campakkan sahaja ke laut, buat onar je atas kapal ini.... takpe, mereka pandai berenang, banyak perahu kecil di sekitar
No comments:
Post a Comment