Aku sudah ada cukup semangat untuk memulakan langkah untuk membuka bicara mengenai tajuk di atas. Bicaranya nanti panjang ( tapi akan diperenggankan agar tidak membebankan ketika kau dibacanya)
- Ianya bermaksud himpunan 30 ( tiga puluh) cahaya yang bakal menyinari laluan gelap fitnah dalam jalan ini. Tentang fitnah, aku belum berkesempatan menjelaskan. Carilah sendiri. Secara mudahnya, ia benda busuk yang tak baik dan mesti dihindari. Untuk itu, disediakan panduan@ cahaya yang membantumu menjauhinya. Di sana ada cahaya, kenapa secara sengaja memilih gelita? لا تظلم نفسك بإختيار الظلام jangan zalimi dirimu dengan memilih kegelapan.
- Ianya adalah adaptasi drp buku al 'Awaeeq dengan penyesuaian versiku. Ianya adalah versi peribadiku. Jika ada kebaikan, ambillah, kalau aku tersilap, betulkan aku, aku ada kesediaan yang tinggi untuk menerima.... itulah tekadku dan minatku
- Jangan terkejut nanti, kandungannya agak berat, bahasanya seringkali kesat dan keras. Aku sekadar menterjemah bahasa Abu Ammar yang sememangnya keras. Aku cuba sedaya mungkin mendekati kekerasan bahasanya... Abdul Qader Al Kailani pernah berpesan " Jangan kamu lari dan takut dengan kerasnya bahasaku, kerana beginilah aku ditarbiah di jalan Allah ini... لا تهربوا من خشونة كلامي, فما رباني إلا الخشن في دين الله عز وجل
- Apa yang dinukilkan nanti perlu dilihat kosong drp pengorangan, ibarat baju yang tidak ada orang yang memakainya. Aku juga tidak berniat langsung untuk menentukan ... kamu si A, pakailah baju ini, ianya sesuai sangat untuk kamu... kamu si B, juga sesuai untuk seluar ini.... jangan ada di kalangan kita membuang masa mencari orang lain untuk dipadankan dengan apa saja yang tertera. Apa yang kuharapkan darimu, ambillah ia sebagai panduan hidupmu agar tertib hidupmu nanti. Aku akan seperti penulis asalnya, menulis peristiwa secara yang wajar, selamat , tidak mendetil dan yang paling penting, pengajarannya. Begitulah al Quran, seringkali diungkapkan perkataan Rojulun ( lelaki) tanpa menyebut namanya... kerana bukan itu objektifnya. Pengajarannya yang penting.
- Ambillah dian ini dan berlalulah dengan tenang dan berilmu. Memang banyak halangan di jalananmu , tapi dengan adanya dian di tangan kirimu dan mushaf di tangan kananmu, berbekal ilmu di dada dan taqwa di hati, berlalulah... di sisimu ramai teman yang juga berjalan bersamamu... sebahagian mereka menumpang cerah dianmu, bersembanglah, kisahkan pengalamanmu dan pelajari suka derita mereka. Bergembiralah bermusafir.... jangan stress.... bayangkan cahaya hakiki di penghujung destinasi..
No comments:
Post a Comment